Harian Metro

JIKA PINDAH

- Susunan Ferzalfie Fauzi ferzalfie@hmetro.com.my

Pertembung­an El Clasico hari ini antara Barcelona dan Real Madrid sudah pasti akan membuatkan penyokong kelab Catalunya merindui sentuhan tonggak tengah Xavi Hernandez namun sudah pasti ada yang terlupa dengan kisah menarik pemain itu ketika di zaman remaja.

Peristiwa ini memang pelik dan jarang berlaku apabila membabitka­n ibunya, Maria Merce Creus yang mencampuri urusan perpindaha­n Xavi ketika berusia 19 tahun ke AC Milan.

Bagaimanap­un, ia tidak berlaku selepas Maria mengakui beliau akan meminta cerai dengan bapa Xavi, Joaquim Hernandez yang menyokong tindakan anaknya berpindah ke Milan pada 1999.

“Pada ketika itu Xavi masih lagi bersama skuad Barcelona B dan baru saja membantu Sepanyol muncul juara Piala Dunia Bawah 20 Tahun. Ketika itu Naib Presiden Milan, Adriano Galliani bertemu suami saya.

“Beliau menjanjika­n tempat dalam kesebelasa­n utama, menawarkan rumah dan tawaran sebanyak lebih 1 juta euro (RM4.7 juta) untuk lima musim. Kami berbincang dan keputusan ini ternyata menentang kemahuan saya yang tidak mahu Xavi meninggalk­an Barcelona,” kata Maria.

Ujarnya, ketika itu semua orang menyeru supaya Xavi merebut peluang keemasan itu dan dalam masa sama Pep Guardiola masih lagi beraksi sebagai pemain di posisi tengah.

“Saya berkata, jika dia meninggalk­an Barcelona, saya akan bercerai walaupun ketika itu keputusan di tangan Xavi,” jelas ibu legenda Barcelona dan Sepanyol itu.

Setidak-tidaknya keputusan Maria berjaya menjadikan Xavi seorang tonggak penting dalam Barcelona dan dalam masa sama membantu Sepanyol muncul juara Piala Dunia buat kali pertama pada 2010 di Afrika Selatan.

Dia juga membantu La Roja muncul juara Euro

2012, sebelum membuat keputusan bersara di peringkat antarabang­sa selepas Sepanyol tersingkir di peringkat kumpulan pada Piala Dunia 2014 di Brazil.

Fakta kukuh bahawa Xavi adalah anak manja, apabila dia tinggal bersama keluarga hingga umur 24 tahun sebelum berpindah ke kediamanny­a sendiri namun jika ada masa terluang dia tetap menghabisk­an masa di rumah keluargany­a.

Selepas 505 kali beraksi bersama Barcelona dari

1998 hingga 2015, dia kini menabur bakti di Qatar beraksi bersama kelab Al Sadd dan turut membawa isterinya, Nuria Cunillera.

Mereka dikurniaka­n seorang puteri pada 3

Januari lalu dan diberi nama Asia, tetapi Xavi bertekad dia akan pulang semula ke pangkuan Barcelona sebagai jurulatih, pengarah kejurulati­han atau apa jawatan sekali pun.

 ??  ?? PROFIL
NAMA PENUH:
Xavier Hernandez Creus TARIKH LAHIR: 25 Januari 1980
TEMPAT LAHIR: Terrassa, Sepanyol TINGGI: 1.70 meter POSISI: Tengah
KELAB SEMASA: Al Sadd (Qatar)
NOMBOR JERSI: 6 PASUKAN KEBANGSAAN: Sepanyol (133 caps, 13 gol)
PROFIL NAMA PENUH: Xavier Hernandez Creus TARIKH LAHIR: 25 Januari 1980 TEMPAT LAHIR: Terrassa, Sepanyol TINGGI: 1.70 meter POSISI: Tengah KELAB SEMASA: Al Sadd (Qatar) NOMBOR JERSI: 6 PASUKAN KEBANGSAAN: Sepanyol (133 caps, 13 gol)
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia