Harian Metro

CHE TA SANJUNG

- Garret Dawum garret@hmetro.com.my

Sibuk dengan perniagaan produk kecantikan jenama byRCW bukan penghalang buat pelakon jelita, Rozita Che Wan atau lebih mesra dipanggil Che Ta mengikuti perkembang­an sukan bola sepak negara.

Malah, ibu kepada tiga anak ini berkata, tahap dan mutu bola sepak negara sudah berada di landasan yang baik dengan lahirnya ramai pemain berkeboleh­an.

Menurutnya, pemain bernama Aidil Zafuan Radzak antara yang dikagumi kerana kecemerlan­gannya dalam menerajui barisan pertahanan pasukan yang diwakili.

“Saya berpendapa­t tanpa kehadiran Aidil, benteng pertahanan itu pasti akan rapuh. Aidil seorang pemain pertahanan yang sentiasa memainkan peranan penting untuk mengawal kubu daripada dibolosi lawan.

“Apabila berada di posisi itu, dia pemain yang bertanggun­gjawab dan menjadi tunjang pasukannya serta akan memberikan kerjasama kepada semua pemain di setiap posisi.

“Sepanjang pembabitan­nya, dia berjaya memenangi Anugerah Bolasepak Kebangsaan 100Plus-FAM (Pertahanan Terbaik) sebanyak tiga kali. Itu semua kerana prestasi cemerlang ketika berada di posisi pertahanan,” katanya.

Kata Che Ta, bintang besar kelahiran Seremban itu adalah seorang pemain pertahanan tengah yang bijak mengatur benteng skuad kebangsaan sebelum ini.

“Dia mempunyai ciri kepimpinan yang baik dan sekali-sekala mampu membantu jentera serangan melalui tandukan yang tajam serta tendangan jarak jauh yang sangat padu,” katanya.

Selain Aidil, pelakon berusia 43 tahun itu turut mengagumi Zaquan Adha Radzak dan Safiq Rahim.

Katanya, dua pemain itu mempunyai rekod cemerlang apabila beraksi di tengah padang.

“Saya memang tidak pernah terlepas menyaksika­n perlawanan pasukan yang diwakili oleh pemain itu.

“Sebab itu, saya rasa pasukan Johor Darul

Ta’zim yang diwakili mereka sebuah kelab yang gah dengan visi dan misi memenangi setiap perlawanan.

“Selain itu, pemainnya juga amat disegani, diminati dan mempunyai kelas tersendiri hingga semua pemain bola sepak mengimpika­n untuk bermain dengan Johor DT,” ujarnya.

Bercerita lanjut, Che Ta berkata, dulu dia selalu bermain futsal bersama rakan tetapi apabila semua sudah berkahwin pasukan itu terpaksa dibubarkan.

“Semua sudah berkeluarg­a dan beranak pinak. Kami terpaksa bubarkan pasukan futsal itu kerana tidak ada masa lapang untuk berkumpul bersama.

“Saya memang rindu untuk bermain futsal kerana sebelum berkahwin, masa akan dihabiskan untuk bersukan,” katanya.

Dalam menjaga kesihatan, Che Ta turut memilih sukan bowling dan badminton.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia