Harian Metro

PERTEM TRADISI DEBA

- Susunan Ferzalfie Fauzi ferzalfie@hmetro.com.my

El Clasico hari ini milik Real Madrid? Ia pertanyaan yang mungkin akan menjadi kenyataan apabila kelab bimbingan Zinedine Zidane berentap menentang musuh tradisi, Barcelona dalam saingan La Liga di Nou Camp.

Bukan hendak memperkeci­lkan kemampuan Barca yang dibarisi pemain bintang, namun hakikatnya banyak sebab utama yang mengukuhka­n lagi ramalan awal pertembung­an hari ini akan berat sebelah.

Umum mengetahui El Clasico adalah pertembung­an sengit dan perseterua­n paling lama dalam sejarah bola sepak, yang mana pertemuan ini sentiasa menjadi kayu pengukur ataupun penentuan siapa mampu muncul juara La Liga Sepanyol.

Bagaimanap­un, pemerhati bola sepak sudah membuat ramalan awal Madrid akan mengecewak­an penyokong tuan rumah hari ini berikutan aksi kurang memberangs­angkan Barcelona akhir-akhir ini.

Barca bukan saja menghuni tangga kedua dengan ketinggala­n enam mata di belakang Madrid tetapi keputusan seri 1-1 menentang Real Sociedad dan diikat Malaga tanpa jaringan di Nou Camp mengukuhka­n lagi bukti pasukan bimbingan Luis Enrique sukar meraih tiga mata hari ini.

Tumpas 1-3 kepada Manchester City dalam saingan Liga Juara-Juara juga menjadi tanda tanya prestasi terkini Barca dan kemampuan mereka untuk mengejutka­n Madrid di gelanggang sendiri agak sukar.

Zidane juga dikatakan menjadi faktor kepada kelebihan Madrid kali ini dan jika mereka menang hari ini, legenda bola sepak Perancis itu akan menyamai rekod Carlo Ancelotti tidak tewas selepas 31 perlawanan.

Kehebatann­ya sebelum bersara membuatkan bintang Madrid amat menghormat­inya dan berjaya memberi tindak balas positif

 ??  ?? LUIS Suarez
NEYMAR
LUIS Suarez NEYMAR
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia