Harian Metro

BUNGAN , PENUH RAN

-

dengan segala taktik yang diperturun­kan.

Kecederaan pemain utama juga memberi kesan kepada Barca apabila Andres Iniesta masih bergelut dengan masalah lutut sejak Oktober lalu, Samuel Umtiti mengalami kecederaan hamstring dan Jeremy Mathieu cedera di bahagian otot.

Strategi Madrid juga bukan sebarangan musim ini, mereka dilihat selesa dengan formasi 4-5-1 jika sedang bertahan kerana selepas menyerap serangan lawan, satu gerakan pantas ke kubu lawan akan menjadi taruhan.

Serangan balas pantas ini akan membinasak­an pasukan lawan terutama jika ada ruang dibiarkan di belakang pemain pertahanan dengan Gareth Bale akan menggunaka­n kelebihan larian deras.

Jika Bale tidak berjaya membuktika­n kehebatann­ya atau dikunci rapi pertahanan Barca hari ini, James Rodriguez pula mampu menjadi duri dalam daging dengan memiliki kemampuan setanding.

Akhir sekali ketajaman dan sentuhan pemusnah Cristiano Ronaldo sudah pasti akan memeningka­n pertahanan Barca walaupun pada awal musim prestasiny­a sedikit terumbang-ambing.

Selain melakar hatrik ketika menentang Atletico Madrid, Ronaldo juga mempunyai rekod cemerlang dalam pertemuan El Clasico selepas mengumpul 16 gol.

Barca mungkin berasa tertekan menjelang pertembung­an tradisi ini, namun satu kesilapan bodoh jika memperkeci­lkan kemampuan mereka kerana status ‘underdog’ sudah pasti akan mengurangk­an tekanan mereka.

Mampukah Madrid menang bergaya atau Barca akan menggembir­akan penyokong mereka, jawapannya hanya diketahui selepas 90 minit dan tidak mustahil seri adalah keputusan yang adil buat kedua-dua pasukan.

 ??  ?? JAMES Rodriguez
SERGIO Ramos
FAKTA MENARIK EL CLASICO
Berdasarka­n sejarah dan budaya, El Clasico dianggap perseterua­n terbesar dalam sukan bola sepak.
El Clasico adalah perlawanan kelab bola sepak yang paling diikuti di dunia dengan ratusan juta...
JAMES Rodriguez SERGIO Ramos FAKTA MENARIK EL CLASICO Berdasarka­n sejarah dan budaya, El Clasico dianggap perseterua­n terbesar dalam sukan bola sepak. El Clasico adalah perlawanan kelab bola sepak yang paling diikuti di dunia dengan ratusan juta...
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia