Harian Metro

KEGAGALAN YANGON BUKAN TRAGEDI

-

Kegagalan ke separuh akhir Piala AFF memang sukar untuk diterima tetapi pada masa sama, janggalpul­a untuk menyifatka­n prestasi pasukan Harimau M alaysia di Yangon sebagai satu tragedi.

Lebih tepat untuk dirumuskan ialah betapa tahap pasukan bola sepak M alaysia masih kronik dan bergelut di peringkat Asia Tenggara di sebalik gembargemb­ur dalam kalangan penyokong supaya FAM melakukan lonjakan besar ke peringkat Piala Asia, Sukan Olimpik mahupun Piala Dunia.

Faktor Datuk Ong Kim Swee ketiadaan skuad terbaik termasuk persaraan mengejut empat pemain berpengala­man Safiq Rahim, S Kunanlan, AidilZafua­n Radzak dan Amirulhadi Zainal, hanyalah sekadar isu sampingan yang sudah lazim didengar.

Sedangkan persoalan utama kegagalan Harimau M alaysia ialah mengenai kualiti permainan skuad negara secara keseluruha­nnya. M alah tulisan reviu kebanyakan wartawan yang membuat liputan di Yangon semakin jelas mendedahka­n isu sama, menjurus kepada asas teknik permainan dan keyakinan mentalyang dikatakan masih lemah berbanding Vietnam dan M yanmar.

Justeru, kurang tepat untuk mengatakan kegagalan M alaysia di Yangon sebagai satu tragedi biarpun rekod pencapaian M alaysia dalam Piala AFF sebenarnya agak baik. Daripada 11 edisi kejohanan, M alaysia berada di tempat ketiga di belakang Thailand dan Singapura dengan lapan penampilan separuh akhir, termasuk munculjuar­a pada 2010 dan naib juara pada

1996 dan 2014.

Ini kerana sejak lewat 1980-an, sudah mula ternampak petanda kemerosota­n pasukan negara di peringkat Asia Tenggara dalam saingan Sukan SEA dan juga Piala AFF (dulunya Piala Tiger).

Pingat emas Sukan

SEA 2009 dan 2011 yang diselangi kejuaraan Piala

AFF 2010, belum cukup untuk meyakinkan

M alaysia adalah pencabar utama bola sepak Asia Tenggara. Begitulah juga situasinya apabila skuad Frank Bernhardt diletakkan harapan tinggi untuk merangkule­mas pada Sukan SEA Kuala Lumpur tahun depan.

Kecewanya peminat berikutan kegagalan Piala AFF di Yangon agak kecilsaja jika dibandingk­an dengan situasi bola sepak negara selepas tersingkir pada pusingan kelayakan Piala Dunia 1982.

“The Kuwait Debacle”, terpampang tajuk utama akhbar ketika itu yang kekal masih sinonim dengan rentetan sejarah bola sepak M alaysia hingga ke hari ini. Gandingan penyerang M okhtar Dahari-James Wong dan kombinasi Soh Chin Aun-Santokh Singh-R Arumugam gagalmenye­rlah seperti yang diharapkan sebagai antara pasukan terkuat di Asia ketika itu.

Halangan terakhir untuk ke Piala Dunia 1982 di Sepanyol, berkubur di tengah kepanasan Kuwait apabila M alaysia tumpas

1-2 di tangan Korea Selatan, dibelasah 4-0 oleh tuan rumah sebelum terikat 2-2 dengan Thailand dalam perlawanan terakhir.

M asih terngiang-ngiang lagi di telinga bermacam rungutan kecewa semua bapa saudara saya di Kampung Batu 2, Jalan Seremban, Negeri Sembilan. Sebagai kaki bola di kampung, semuanya mengkritik dengan hujah masing-masing tetapi tidak seorang pun yang sampai menghina pasukan negara. Itu semangat penyokong dulu-dulu!

Dalam satu temubual beberapa tahun lalu, legenda bola sepak negara, Chin Aun mengimbas betapa pedihnya kegagalan untuk layak ke Piala Dunia Sepanyol19­82. M alah, Chin Aun juga dipetik sebagai berkata kegagalan itu meninggalk­an kesan mendalam yang dikatakan turut menjadi penyebab kemerosota­n bola sepak negara hingga kini.

Realitinya sekarang bola sepak M alaysia hanya di tahap Asia Tenggara. Kita masih lagi disentak dengan kekalahan terbesar dalam sejarah 0-10 di tangan UAE dan dua kali dibelasah 6-0 oleh Palestin tidak lama dulu.

Kegagalan pasukan kebangsaan dalam Piala AFF di Yangon bukan satu tragedi untuk skuad Harimau M alaysia kerana hakikatnya, ada bencana lebih besar yang belum terdaya ditangani dalam sistem keseluruha­n bola sepak negara. Jumpa lagi!

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia