Harian Metro

SEPETANG BERSAMA SOUZA

-

mengenai peranannya sebagai ejen yang sudah membawa ramai pemain Brazil beraksi dalam Liga Malaysia.

Selain Guilerme, antara pemain yang dibawa oleh Souza bermain di sini ialah Paulo Rangel (Johor DT II), Gilmar Jose Da Silva Filho, Wander Luiz (Kelantan), Leonardo Moreira, Anselmo Casagrande (Kuala Lumpur), Leandro Dos Santos (Selangor) dan ramai lagi.

Menurut Souza, sepanjang kira-kira lima tahun berurusan dengan pasukan bola sepak di sini, beliau mendapati kebanyakan pasukan menghadapi kekangan kewangan menyebabka­n mereka gagal menguruska­n pasukan dengan berkesan.

“Liga di sini amat bagus kerana menerima sokongan peminat. Saya dapati stadium sentiasa penuh terutama bila pasukan yang disokong mempamerka­n prestasi baik. Malah, saya kagum melihat stadium dibanjiri 80,000 penonton bila berlangsun­g perlawanan akhir, ia sesuatu yang luar biasa.

“Namun, masalah utama kebanyakan pasukan adalah kekangan bajet menyebabka­n ada pasukan yang tidak mampu mempertaha­nkan prestasi mereka. Mereka bagus hanya dalam tempoh dua musim, selepas itu mula menghadapi masalah kerana kewangan.

“Satu-satunya pasukan yang saya lihat mempunyai kewangan yang kukuh adalah Johor DT. Sebab itu mereka berjaya dan saya yakin pasukan ini akan terus mendominas­i bola sepak Malaysia dalam jangka masa lama.

“Untuk pasukan lain, dalam keadaan bajet yang terhad, mereka perlu bijak menguruska­n kewangan termasuk dalam soal pembelian pemain import kerana ia membabitka­n kos tinggi.

“Seelok-eloknya mereka membuat perancanga­n awal dalam soal pengambila­n pemain import bagi mengelak ‘pembelian panik.’ Ini kerana pembelian saat akhir sering menyebabka­n pasukan mengambil sikap tangkap muat.

“Akhirnya, bila pemain yang dibeli itu gagal menyerlah, mereka terpaksa menukarnya pada pertengaha­n musim yang mana ini sekali lagi akan membabitka­n kos yang tinggi.

“Mereka bukan saja perlu membayar pampasan kepada pemain yang ditamatkan kontrak malah kena mengeluark­an perbelanja­an lagi untuk pemain import baharu,” kata Souza.

Banyak lagi yang kami bualkan termasuk yang ‘offrecord’.

Spy Bola: Teringat pemain import Kedah, Olubunmi Adigun.

 ??  ?? SOUZA (kiri) bersam a Guilherm e.
SOUZA (kiri) bersam a Guilherm e.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia