Harian Metro

ORANG BRAZIL PUN KENAL SPIDERMAN

-

“Di sini kan penjaga gol negara kamu kemalangan dan meninggal dunia?” tanya Valdir Souza kepada Spy Bola sambil memerhati Lebuhraya Persekutua­n dari tingkap hotel tempat kami menikmati minum petang.

“Kamu kenal dia?” tanya Spy Bola.

“Sudah tentu saya kenal kerana pemain bola Malaysia dulu hebathebat belaka. Saya masih ingat pasukan kamu mempunyai seorang penyerang bagus. Kapten pasukan Malaysia adalah seorang pemain berbangsa Cina. Cuma, saya tidak ingat nama mereka,” ujar Souza.

Kembang hidung Spy Bola bila mendengar kata-kata Souza itu.

Spy Bola tahu penjaga gol yang dimaksudka­n beliau adalah mendiang Datuk R Arumugam yang terbunuh dalam kemalangan jalan raya di Lebuhraya Persekutua­n pada 18 Disember, 1988.

Penyerang yang dimaksudka­n oleh Souza pula adalah Allahyarha­m Datuk Mokhtar Dahari dan kapten pasukan berbangsa Cina itu adalah Datuk Soh Chin Aun. Ketiga-tiga pemain ini memang hebat hingga digelar Spiderman, SuperMokh dan Tauke.

Lihatlah aura pemain bola sepak zaman dahulu, bukan saja dikenali di Malaysia mahupun rantau Asia malah merentasi sempadan hingga ke negara Amerika Selatan seperti Brazil. Tidak kisahlah jika orang seperti Souza hanya mengenali legenda bola sepak kita hanya melalui laman sosial tapi sekurangku­rangnya mereka mengenali siapa jaguh bola sepak yang pernah menjadi kebanggaan kita.

Rasa-rasanya, ada tak pemain bola sepak kita sekarang yang akan diingati dalam tempoh 20 atau 30 tahun akan datang? Spy Bola sendiri sudah tidak dapat mengingati siapakah pemain yang pernah mewakili negara lima tahun lalu.

Spy Bola: Ada kenangan sedih bersama SuperMokh.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia