Harian Metro

Reza rindu bersiaran

- Najiy Jefri najiy.jefri@hmetro.com.my

Selepa s menamatkan perkhidmat­an sebagai penyampai radio Suria FM pada Jun tahun lalu, Reza seakan-akan menghilang dari industri hiburan tanah air.

Malah ada beranggapa­n bintang Akademi Fantasia musim ketiga itu sudah bersara apabila tidak lagi muncul di kaca televisyen mahupun radio.

Bertemu pemilik nama sebenar Syaiful Reza Mohamed ini mendedahka­n dia aktif bekerja di belakang tabir.

“Walaupun tidak muncul di kaca TV dan radio, saya masih aktif melakukan kerja belakang tabir termasuk menjadi suara latar iklan, menterjema­hkan skrip dan mengacara majlis korporat.

“Selain itu, saya juga menganjurk­an kelas pengucapan awam bagi mereka yang berminat menjadi pengacara dan penyampai radio,” katanya.

Hampir setahun tidak bertugas di konti radio,

Reza mengakui rindu untuk kembali bersiaran.

“Tipulah kalau saya kata tak rindu. Sebenarnya saya kuat bekerja.

“Saya tidak suka membuang masa dengan melepak di rumah atau kedai kerana sejak keluar dari AF sudah biasa bekerja.

“Sebenarnya ada beberapa tawaran kembali bertugas sebagai penyampai radio tetapi saya mahu fokus dengan Patung Studio yang saya usahakan selama ini.

“Insya-Allah, ada banyak aktiviti sedang saya rancang bagi merancakka­n kembali Patung Studio. Selepas ini orang ramai boleh menonton beberapa persembaha­n,” katanya.

Diminta memberi komen dakwaan segelintir pihak ketiadaann­ya dalam industri hiburan tanah air adalah kerana sikapnya yang tidak berdisipli­n dan berlagak diva, Reza pantas mempertaha­nkan diri.

“Saya ada dengar tuduhan ini. Mungkin ada benarnya kerana setiap manusia ada persepsi berbeza terhadap diri seseorang dan tidak semua orang selesa dengan gurauan saya.

“Andai benar ini berlaku, saya harap individu itu tampil bertemu saya. Bukan apa, saya mahu perbaiki diri.

“Bagaimanap­un, jangan menilai saya dari luaran semata-mata atau sekadar mendengar cakap-cakap orang kerana belum tentu ia benar. Jumpa saya dulu dan nilailah selepas mengenali sikap sebenar saya,” katanya.

Tegas Reza lagi, dia juga tidak akan bersikap sombong kecuali ada pihak lain yang memulakan.

 ??  ??
 ?? Reza ?? Sebenarnya ada beberapa tawaran kembali bertugas sebagai penyampai radio tetapi saya mahu fokus dengan Patung Studio yang saya usahakan selama ini
Reza Sebenarnya ada beberapa tawaran kembali bertugas sebagai penyampai radio tetapi saya mahu fokus dengan Patung Studio yang saya usahakan selama ini

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia