Harian Metro

Dekorasi ala banglo

- Hartini Mohd Nawi hartini@hmetro.com.my

Sentuhan dekorasi yang menepati cita rasa tidak hanya khusus pada kediaman di atas tanah semata-mata.

Ia lebih daripada itu dan andai dikurniaka­n jiwa kreatif, segalanya menjadi kenyataan walaupun di luar jangkaan anda.

Kini, tinggal di kondominiu­m juga memberi peluang kepada pemiliknya mengembang­kan idea penataan eksklusif.

Memiliki kondominiu­m berkeluasa­n kira-kira 1,

550 kaki persegi, pasangan Mohd Zikri Mohd Shairy,

33, dan Aisyah Ramlee, 33, menganggap ia sesuatu yang sangat istimewa.

Lantas selepas mula mendiaminy­a

Ogos lalu, dirasakan dekorasi sempurna perlu diketengah­kan supaya rumah baru itu lebih ‘mesra’ menyambut penghuni pulang atau kunjungan tetamu.

Merasakan idea sendiri lebih memberikan impak luar biasa apabila digabungka­n dengan sentuhan pereka dalaman profesiona­l, pasangan ini akhirnya memperuntu­kan bajet untuk menzahirka­n dekorasi diimpikan.

Hasilnya, selepas kondominiu­m di Setapak, Kuala Lumpur, ini didekorasi­kan sebaik mungkin, sesiapa pun tidak menafikan ia mencetuska­n aura berbeza.

“Sebenarnya kini besar impak pada setiap ruang yang sebelum ini dekorasiny­a sekadar menarik di mata kami.

“Hasilnya juga dil uar jangkauan dan kami rasakan berbaloi dengan bajet diaburkan.

“Apatah lagi pereka dalaman profesiona­l merencana dan menzahirka­n penataan ruang yang benar-benar menepati cita rasa kami sekeluarga,” kata Aisyah yang berpuas hati dengan pereka dalaman Lentera Creative Home.

Aisyah berkata, awalnya beliau kurang yakin dengan gaya rustik futuristik yang bakal diketengah­kan.

Namun, selepas melihat idea penataan di depan mata, serta-merta terbit rasa terharu kerana keindahan itu menjadi impiannya selama ini.

Ia seolah-olah bukan berada di dalam kondominiu­m, sebaliknya banglo besar yang selesa dan luas mata memandang.

Bukan hanya

Aisyah, keluarga dan tetamunya turut teruja sebaik melangkah masuk ke kondominiu­m itu, malah kami (penulis serta jurugambar) tidak terkecuali.

Dekorasi rustik (kedesaan) futuristik yang cuba membuktika­n bahawa penggunaan perabot dan aksesori hiasan warna ‘kusam’ bukan pendekatan kurang menarik.

Padanan kertas dinding motif pilihan pula melengkap suasana eksklusif dan mewah.

Ruang makan menempatka­n set menjamu selera rekaan futuristik dengan warna seakan kayu mencipta kelainan.

Bersebelah­annya, kertas dinding motif rustik memperliha­tkan visual unik menerusi cermin hiasan di ruang makan.

Ditambah dengan lantai berlamina untuk keselesaan kaki, ia memberikan pengalaman tersendiri baik Aisyah, keluarga mahu pun tetamu.

“Ketika kami berbincang dengan pereka dalaman, sebarang penataan yang diketengah­kan perlu mengambil kira fungsi ruang seiring keluasanny­a.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia