Harian Metro

Kreativiti keluarga nelayan

- Shaiful Shahrin Ahmad Pauzi rencana@hmetro.com.my

Dekorasi tidak hanya untuk kediaman bandar sematamata kerana anda yang tinggal di desa juga pasti sarat dengan idea untuk menata hias ruang.

Hiasan tidak semestinya mahal, malah barangan terpakai jika digubah semula pastinya menarik perhatian.

Bagi sebuah keluarga nelayan di Parit Tanjung Piandang, Parit Buntar, Perak hiasan taman dan dekorasi ruang nyata luar biasa penuh kreatif.

Biarpun tidak mewah, kombinasi barangan terpakai yang digubah semula, menjadikan dekorasi dan suasana rumah ini begitu selesa buat penghuniny­a beristirah­at.

Pasangan Din Harun,

43, dan Asiah Ab Halim, 40, sememangny­a tidak pernah memandang rendah pelbagai barangan terpakai kerana bagi mereka setiap elemen itu boleh dikitar semula.

Bukan hanya untuk perhiasan, malah lebih dari itu atau mungkin mampu menjana pendapatan sampingan.

Lebih bermakna elemen termasuk kayu, sabut kelapa, tayar, botol plastik terbuang dijadikan hiasan.

“Seperti tayar terpakai, saya dan isteri menjadikan­nya sebagai perumah tanaman pokok bunga hiasan di sekeliling laman rumah kami.

“Selain kayu terpakai, akar buluh juga dikreatifk­an menjadi hiasan dan tempat bersantai di pekarangan rumah,” kata Din.

Begitu juga dengan tembikar dan pokok hiasan beralas tempayan yang dilihat turut menyerikan persekitar­an luar serta ruang dalam rumah.

Asiah yang mahir dalam seni andaman dan sulaman turut tidak melepaskan peluang memanfaatk­an plastik terpakai.

Pasti ada saja barangan yang direkanya menjadi perhiasan unik dan selebihnya dijual kepada rakan serta jiran.

Antara barangan terpakai berasaskan plastik yang terdapat pada rumah ini ialah tudung saji, bunga plastik, hiasan dinding dan sabut kelapa yang turut disulam bunga plastik sebagai hiasan sesuai digantung.

Menariknya rumah ini, bukan sahaja ahli keluarga memanfaatk­an barangan terpakai, malah gabungan peralatan antik dan sukar ditemui menjadikan kediaman ini lebih unik.

Ini jelas terbukti apabila kelihatan batu giling, batu kisar, tepak sireh dan kerusi

 ??  ?? DIN dan keluarga sering beristirah­at di pekarangan rumah
sambil dikeliling­i barangan perhiasan
rekaan sendiri
DIN dan keluarga sering beristirah­at di pekarangan rumah sambil dikeliling­i barangan perhiasan rekaan sendiri
 ??  ?? GABUNGAN barangan antik dan terpakai menghiasi sudut
luar rumah.
GABUNGAN barangan antik dan terpakai menghiasi sudut luar rumah.
 ??  ?? ASIAH mahir dalam anyaman.
ASIAH mahir dalam anyaman.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia