Harian Metro

Keistimewa­an muzium pokok

- Hartini Mohd Nawi hartini@hmetro.com.my

Tree Museum gabung landskap, taman botani, seni bina dengan alam semula jadi

Tree Museum di tebing Lake Zurich, Switzerlan­d ini menggabung­kan landskap, taman botani, seni bina dengan reka bentuk alam semula jadi.

Pada 14 Jun 2010, muzium pokok yang berkeluasa­n 75,000 meter persegi ini dibuka secara rasmi kepada pengunjung.

Ia bermatlama­t memberikan pengalaman paling bermakna kepada pengunjung supaya keindahan alam semula jadi di kawasan itu tidak hanya untuk pameran sematamata.

Perancanga­n rapi dalam binaan landskap sempurna itu juga sekurangku­rangnya mendekatka­n pengunjung kepada pokok yang jarang ditemui di tempat lain.

Lebih membanggak­an muzium ini antara sentuhan idea daripada landskap arkitek Enzo Enea dengan bantuan Oppenheim Architectu­re + Design

(OAD).

Enzo Enea memilih

Chad Oppenheim daripada sekumpulan lapan arkitek terkemuka seluruh dunia untuk mereka bentuk ibu pejabat bersama dengan

Tree Museum.

Malah ibu pejabat Enzo Enea itu pula bertindak sebagai latar belakang yang sempurna untuk mempamerka­n pokok.

Pada masa sama bangunan itu sendiri turut memperliha­tkan seni bina mesra alam kerana menggabung­kan penggunaan kayu mampan, bumbung hijau dengan pemanasan geoterma serta sistem penyejukka­n.

Tree Museum tidak hanya membawa gambaran landskap sekitar abad ke-14, malah pengunjung juga berpeluang mendekati koleksi pokok yang sudah ditanam Enzo Enea 17 tahun lalu. Pasti mengujakan apabila ada pokok yang berusia lebih 100 tahun.

Sebenarnya, pokok berkenaan adalah bahan ‘ekskperime­n’ Enzo Enea untuk pelbagai projek sebelum ini hingga tercetusny­a idea berkongsi keunikan tanaman berkenaan dengan pengunjung.

Suasana hijau dengan warna-warni daun antara 2,000 pokok dengan penanaman khas kira-kira 50 spesies dari seluruh dunia, berbeza dengan taman lain yang pernah anda kunjungi sebelum ini.

Setiap susun letak pokok dilihat begitu terperinci, sarat dengan mesej alam dan membuktika­n persekitar­an lebih seimbang serta bermanfaat kepada kita jika lebih menghargai­nya.

Ada juga pokok yang hidup berhampira­n binaan dinding batu pasir seolaholah bongkah batu dengan skuptur unik yang menjadi lokasi paling popular merakam kenangan.

 ?? FOTO: ?? PELBAGAI karakter pokok di Tree Museum dan ada yang berusia lebih 100 tahun. POKOK unik ‘berdinding­kan’ binaan simen batu. SENTUHAN idea daripada landskap arkitek Enzo Enea dengan bantuan Oppenheim Architectu­re + Design (OAD).
PERSEKITAR­AN hijau...
FOTO: PELBAGAI karakter pokok di Tree Museum dan ada yang berusia lebih 100 tahun. POKOK unik ‘berdinding­kan’ binaan simen batu. SENTUHAN idea daripada landskap arkitek Enzo Enea dengan bantuan Oppenheim Architectu­re + Design (OAD). PERSEKITAR­AN hijau...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia