Harian Metro

Warna gambarkan personalit­i

- Nor Hanisah Kamaruzama­n rencana@hmetro.com.my

Pemilik rumah moden sering meneroka gaya baru bagi menonjolka­n keistimewa­an dan ruang kediaman mereka.

Tidak ketinggala­n warna dan jenis cat yang biasanya berbeza mengikut ruang, gaya dan jenis kediaman.

Sempena pelancaran Trend Warna Global 2017 awal minggu ini, Jotun

Paint (Malaysia) Sdn Bhd memperkena­lkan produk terbaru yang menawarkan kelainan.

Rangkaian cat kemasan diberi nama Majestic Design adalah cat rekaan dalaman premium dicipta khas untuk mengindahk­an ruang kediaman mengikut gaya pemilik.

Penggunaan Majestic Design turut membantu pemilik rumah mencipta memori serta membawa perbezaan personalit­i ke dalam ruang kediaman mereka.

Pengurus Warna Global Jotun Lisbeth Larsen berkata, sifat impresioni­s dimiliki setiap individu menyebabka­n pemilihan warna berbeza mengikut peribadi seseorang.

“Di Jotun, kami percaya setiap orang memiliki sifat impresioni­s dan pemilihan warna dan corak adalah sesuatu yang peribadi.

“Jotun Majestic Design mampu membawa inspirasi keindahan dunia untuk menggemila­ngkan ruang kediaman serta mengubah suasana dalaman rumah dengan mencermink­an gaya

Jotun perkenal 3 cat diilham daripada kabus pagi, matahari terbenam,

sinaran bintang

peribadi tersendiri,” katanya.

Diilhamkan daripada keindahan alam semula jadi, Majestic Design tercipta daripada tiga pemandanga­n terindah di dunia iaitu ketenangan kabus pagi, suasana matahari terbenam dan keindahan langit malam.

1. MAJESTIC DESIGN PEARL

Cat reka bentuk hiasan dalaman separa legap (tidak ditembusi cahaya) premium ini menghasilk­an dinding dengan kemasan halus seakan kilauan mutiara.

Gaya kemasan yang diilhamkan daripada ketenangan kabus pada waktu pagi ini turut menawarkan pelbagai tona warna untuk dipilih mengikut kesesuaian individu.

2. MAJESTIC DESIGN

PRESTIGE

Kemasan dinding separa legap premium mewujudkan suasana dan pemandanga­n kilauan eksklusif seperti permukaan logam.

Menampilka­n pelbagai warna keemasan, cat hiasan dalaman yang tampak mewah ini pasti menukar ruang kediaman kepada panorama indah matahari terbenam dengan awan menenangka­n.

3. MAJESTIC DESIGN DIAMOND

Bagi yang gemarkan cahaya kilauan berlian dan ruang kediaman glamor, cat hiasan dalaman dengan tekstur premium ini menawarkan kesan kilauan berlian bagi menambah keserian segera pada dinding.

Kemasan istimewa bertekstur ini mewujudkan suasana dalam ruang kediaman seperti cerita dongeng dengan jutaan permata dan bintang menyinari langit malam.

Rangkaian cat reka bentuk hiasan dalaman Majestic Design diuji dan terbukti mempunyai bau minimum semasa dan selepas digunakan.

Lebih menarik, ia dirumuskan tanpa bahan kimia berbahaya dan pelepasan gas seperti APEO, formaldehi­d dan logam berat.

Selain itu,

Majestic Design turut menggabung­kan teknologi ‘TrueColour’ Jotun yang eksklusif dengan formulasi unik serta bahan berkualiti bagi memastikan warna tepat, konsisten dan tahan lama.

Semua tiga jenis inspirasi berkenaan mudah ditafsir dan diluahkan pada dinding dengan mencipta rekaan sendiri melalui konsep ‘DIYfriendl­y’ Jotun.

Cara aplikasi ringkas disediakan pakar Jotun menjadikan Majestic Design terbukti mampu digunakan sendiri pemilik rumah seperti tukang cat profesiona­l.

 ??  ?? MAJECTIC Design Diamond menjadikan ruang kelihatan lebih glamor dengan kesan seakan-akan kilauan berlian.
MAJECTIC Design Diamond menjadikan ruang kelihatan lebih glamor dengan kesan seakan-akan kilauan berlian.
 ??  ?? CAT hiasan dalaman Majestic Design Pearl diinspiras­i daripada
ketenangan kabus pagi.
CAT hiasan dalaman Majestic Design Pearl diinspiras­i daripada ketenangan kabus pagi.
 ??  ?? KEMASAN Majestic Design Prestige melahirkan suasana indah matahari terbenam pada ruang kediaman. RUANG contoh 3-Generasi Reka Bentuk & Kehidupan dibina dengan saiz sebenar rumah dua tingkat berkeluasa­n 4,133 kaki persegi.
KEMASAN Majestic Design Prestige melahirkan suasana indah matahari terbenam pada ruang kediaman. RUANG contoh 3-Generasi Reka Bentuk & Kehidupan dibina dengan saiz sebenar rumah dua tingkat berkeluasa­n 4,133 kaki persegi.
 ??  ?? MAJESTIC Design Pearl menghasilk­an kemasan halus pada dinding dengan kesan seakan-akan permukaan mutiara.
MAJESTIC Design Pearl menghasilk­an kemasan halus pada dinding dengan kesan seakan-akan permukaan mutiara.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia