Harian Metro

GEN.Y Perangkap Media Sosial

- NOOR AZAM AB AZIZ 1-300-22-6787 SAMB: 4759 03-20567083/7084

Luahkan di saluran betul apabila ada masalah terlalu peribadi

Boleh dikatakan hampir setiap hari kita menghadap skrin komputer untuk menambah kenalan maya dan mencari maklumat terkini.

Namun, terkadang kita tak sedar media sosial mempunyai masalah yang membantutk­an cara kita melihat sesuatu perspektif dengan lebih meluas.

Malah, terdapat penipuan maya yang mungkin kita terlepas pandang tanpa membuat pemeriksaa­n teliti terlebih dulu.

Jaja kisah peribadi

Media sosial seperti laman Facebook, Twitter dan Instagram digunakan untuk meluahkan apa yang terpendam namun kadangkada­ng kita berkongsi sesuatu yang tidak patut.

Tidak perlu contoh jauh, lihat saja kerenah anak muda menjaja kisah di media sosial yang berkait rapat dengan soal peribadi. Lebih kronik, ia membabitka­n masalah keluarga.

Hakikatnya, bukan semua kenalan di Facebook mengenali kamu dan kesilapan tadi mungkin boleh digunakan sebagai senjata untuk memerangka­p kamu di kemudian hari. Paling teruk, masalah itu hanya akan membawa rasa malu kerana membuka ‘pekung’ sendiri.

Oleh itu, jika ia berkaitan masalah terlalu peribadi, luahkan di saluran yang betul seperti pakar kaunseling atau cari kenalan rapat yang boleh membantu kamu.

Penipuan viral

Dengar saja istilah viral, ia tidak semestinya benar dan tepat mengikut fakta. Namun, kerana terdapat laluan mudah seperti media sosial, sesuatu maklumat lebih cepat tersebar dengan teknologi ini.

Tapi jika diikutkan kembali, mungkin terdapat salah faham pada sesuatu isu hingga mengundang fitnah dan salah faham.

Apa kata, sebelum viralkan sesuatu isu, periksa dulu fakta kerana banyak pihak akan terkesan dengan penyebaran maklumat palsu.

Indah khabar dari rupa

Dari segi penjualan produk pula, terdapat puluhan malah ratusan peniaga dalam talian yang bersaing dalam segmen ini.

Disebabkan itu, ada yang inginkan keuntungan segera lantas muncul taktik penipuan barang jualan kepada pengguna yang leka.

Sudah semestinya apabila ingin membeli sesuatu produk dalam talian di Instagram misalnya, kita perlu melihat dulu testimoni dan maklumat profil penjual. Jika peniaga mempunyai pengikut yang ramai dan sering dipercayai maka sudah tentu kita lebih yakin membeli produk yang dijual.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia