Harian Metro

32 pasukan berentap

-

AAB MBSA yang membawa pulang wang tunai RM500, pingat dan sijil penyertaan manakala Atlectoco Warrior memenangi RM300, pingat dan sijil penyertaan selepas menduduki tempat keempat secara keseluruha­n.

Ketua Penganjur Hero 12 Mohd Shafizan Hashim berkata, kejohanan itu dianjurkan Yayasan Penyayang Majlis Perbandara­n Johor Bahru Tengah (MPJBT) dengan kerjasama Absolute Soccer Kids Academy (ASKA).

Menurut Mohd Shafizan, ia adalah kesinambun­gan Super 10 Football Tournament yang diadakan sebelum ini cuma khusus untuk kanak-kanak berumur 11 dan 12 tahun.

“Sebahagian peserta bersekolah dan menetap di kawasan MPJBT manakala selebihnya adakah pasukan luar Johor.

“Selain memupuk semangat kesukanan, Hero 12 juga bertujuan memberi pengalaman kepada pemain menggunaka­n kemudahan di stadium berprestij,” katanya ketika ditemui selepas majlis perasmian kejohanan yang disempurna­kan Pengerusi Yayasan Penyayang MPJBT Mohammad Khairi A.

Malik.

Sementara itu, pengurus merangkap jurulatih Qhaleefa Red Eagle,

Sohaimi Md Akhir, 49, berkata, penyertaan dalam Hero 12 2016 bertujuan memberi pendedahan kepada 12 pemainnya.

“Pasukan kami agak aktif menyertai kejohanan sebegini termasuk di luar Kedah.

“Menang atau kalah adat pertanding­an tetapi apa yang lebih penting adalah peluang untuk mereka beraksi di padang lawan,” katanya.

Dalam pada itu, Mohd Shafizan berkata, dua lagi kejohanan bola sepak akan menyusul dalam masa terdekat iaitu Absolute 14 dan Youth 16.

“Absolute 14 akan diadakan pada 3 Disember ini (hari ini) diikuti Youth 16 pada 17 Disember depan.

“Kedua-dua acara itu akan diadakan di lokasi sama seperti kejohanan sebelumnya iaitu Stadium Educity, Iskandar Puteri,” katanya.

Satu FC juara selepas tewaskan ABFT pada pusingan akhir dengan catatan 1-0

 ??  ?? MOHAMMAD Khairi (tengah) bersama pemain kejohanan Bola Sepak Junior-Hero 12.
MOHAMMAD Khairi (tengah) bersama pemain kejohanan Bola Sepak Junior-Hero 12.
 ??  ?? MOHD Shafizan (kanan) menyampaik­an cenderahat­i kepada Mohammad Khairi.
MOHD Shafizan (kanan) menyampaik­an cenderahat­i kepada Mohammad Khairi.
 ??  ?? PEMAIN tangkas merebut bola daripada lawan.
PEMAIN tangkas merebut bola daripada lawan.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia