Harian Metro

MOTOR ENJIN KERETA

„ Kumpulan pekerja kilang PROTON cipta motosikal berkuasa tinggi guna enjin Proton Wira

- Rosman Shamsudin am@hmetro.com.my

Hasil kreativiti sekumpulan anak tempatan yang juga pekerja kilang PROTON, di sini, mereka cipta motosikal berkuasa tinggi berkapasit­i 1,500cc dengan menggunaka­n enjin Proton Wira.

Kumpulan terbabit mengambil masa dua bulan untuk menyiapkan motosikal berkuasa tinggi itu dan ciptaan berkenaan tidak kurang hebat serta setanding jenama motosikal berkuasa tinggi terkenal lain.

Menarik dan uniknya motosikal berkenaan ia menggunaka­n komponen kereta dan bahan terpakai diubah suai membentuk motosikal.

Penyelia Bahagian Projek Khas dan Unit Inovasi PROTON Nasiren Mohd Najmudin berkata, walaupun motosikal itu tidak dijual dan hanya dijadikan tarikan di pameran, tetapi ia berfungsi seperti motosikal berkuasa tinggi lain dan mampu memecut mengikut kapasiti enjinnya.

Katanya, motosikal berkuasa tinggi itu menggunaka­n rim sport dan brek serta aci pacuan kereta yang diubah suai hingga menampilka­n reka bentuk tersendiri.

“Hasil inovasi itu menunjukka­n anak tempatan juga kreatif dan berinovasi dan jika bakat sedia ada ini digilap lama-kelamaan negara kita mampu menghasilk­an motosikal berkuasa tinggi pada masa hadapan.

“Saya berbangga dengan bakat ditunjukka­n dan PROTON sejak dahulu lagi sentiasa memberi peluang kepada anak tempatan untuk menghasilk­an sesuatu yang membanggak­an negara,” katanya ketika ditemui di Karnival Motosports Bandar Belia 1Malaysia di Tasik Embayu, PROTON City. Menurutnya, motosikal itu boleh menggunaka­n gear mengundur yang rupa bentuknya diperkemas­kan lagi dengan tangki minyak berwarna biru serta lambang Jalur Gemilang.

Hasil inovasi itu menunjukka­n anak tempatan juga kreatif dan berinovasi Nasiren

Sementara itu, seorang pengunjung pameran, Shafik Nor Hilman, 28, berkata, dia tidak menyangka motosikal dipamerkan itu hasil reka cipta anak tempatan.

Katanya, sebagai peminat motosikal berkuasa tinggi, dia memang mengharapk­an suatu hari nanti, negara mampu menjadi pengeluar motosikal berkuasa tinggi, sekali gus memberi peluang kepada rakyat sepertinya memiliki motosikal idaman kerana motosikal kuasa tinggi yang berada di pasaran sekarang harganya terlalu tinggi.

“Melihat motosikal ciptaan anak tempatan ini, saya percaya ramai peminat motosikal berkuasa tinggi akan membeli dan menunggang­nya dengan penuh rasa bangga membawa jenama tempatan,” katanya.

 ??  ??
 ??  ?? NASIREN melihat motosikal berkuasa tinggi hasil inovasi pekerja PROTON di Karnival Motosports Bandar Belia 1Malaysia di Tasik Embayu.
NASIREN melihat motosikal berkuasa tinggi hasil inovasi pekerja PROTON di Karnival Motosports Bandar Belia 1Malaysia di Tasik Embayu.
 ??  ?? MOTOSIKAL berkuasa tinggi yang menggunaka­n komponen kereta yang diubah suai.
MOTOSIKAL berkuasa tinggi yang menggunaka­n komponen kereta yang diubah suai.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia