Harian Metro

‘PERGI’ BERJASA

- Aslina Abu Bakar am@hmetro.com.my

Anggota APM maut ketika operasi SAR di Taman Hutan Simpan Sungai Lut

Kuala Berang

“Sebelum keluar rumah, arwah mengadu berasa kurang sihat namun tetap mahu menyertai operasi mencari dan menyelamat mangsa yang hilang di Taman Hutan

Simpan Sungai Lut, FELDA Jerangau Barat, Hulu Terengganu,” kata Anisah Jusoh@Jaafar, 34, isteri kepada Mohd Sawal Mohd Yusof,

36, anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) yang meninggal dunia sejurus selesai operasi disertainy­a pada jam 12 tengah hari, semalam.

Allahyarha­m Mohd Sawal

dari Kampung Mia, Tanjung Putat, dekat sini, sebelum itu rebah ketika berjalan keluar dari lokasi pemancing, Satar Ali, 39, ditemui sebelum dibantu anggota bomba dengan membawanya keluar menggunaka­n ATV (All-Terrain Vehicle).

Anisah berkata, malam sebelum kejadian, arwah ada mendapatka­n rawatan suntikan kerana mengalami sakit dalam badan seakan-akan terkena strok.

“Malam semalam (kelmarin), dia mengadu sakit seluruh badan terutama dalam perut.

“Dia kemudian menelefon ambulans APM untuk menghantar­nya ke Hospital Hulu Terengganu pada jam 10 malam bagi mendapatka­n rawatan.

“Bagaimanap­un, selepas dirawat, arwah suami dibenarkan pulang kerana keadaannya beransur baik,” katanya.

Anisah yang bertugas sebagai penolong pegawai teknologi maklumat berkata, arwah kelihatan gembira dan bersemanga­t untuk menyertai operasi berkenaan, pagi semalam.

“Pagi tadi (semalam), dia sekali lagi mengadu berasa sakit pada dada dan perut kemudian meminta saya mengambil ubat tahan sakit yang diberikan hospital.

“Selepas itu, saya menasihati­nya supaya tidak mengikuti operasi namun arwah tetap dengan keputusann­ya dan kelihatan bersemanga­t untuk menyertai operasi itu.

“Malah, sebelum keluar dari rumah, arwah sempat tersenyum kepada saya dan kelihatan begitu gembira,” kata ibu kepada dua cahaya mata itu.

Anisah berkata, suaminya dikebumika­n di tanah perkuburan Islam di Kampung Tanjung Putat, dekat sini.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu Deputi Superinten­dan Mohd Adli Mat Daud berkata, hasil

siasatan awal mendapati arwah Mohd Sawal mempunyai rekod sakit jantung.

“Arwah bertugas sebagai anggota APM cawangan Hulu Terengganu sejak 2013 rebah ketika berjalan keluar dari lokasi pemancing, Satar Ali ditemui sebelum dibantu anggota bomba dengan membawanya keluar menggunaka­n ATV.

“Arwah kemudian dibawa ke Hospital Hulu Terengganu dan disahkan meninggal dunia sebelum diserahkan kepada anggota keluarga untuk majlis pengebumia­n,” katanya.

 ??  ??
 ?? Mohd Adli ?? Arwah bertugas sebagai anggota APM cawangan Hulu
Terengganu sejak 2013 rebah ketika berjalan keluar dari lokasi pemancing, Satar Ali ditemui sebelum dibantu anggota bomba dengan membawanya keluar menggunaka­n ATV.” SATAR Ali kelihatan lemah selepas...
Mohd Adli Arwah bertugas sebagai anggota APM cawangan Hulu Terengganu sejak 2013 rebah ketika berjalan keluar dari lokasi pemancing, Satar Ali ditemui sebelum dibantu anggota bomba dengan membawanya keluar menggunaka­n ATV.” SATAR Ali kelihatan lemah selepas...
 ??  ?? MOHD Sawal diselamatk­an rakan setugas selepas rebah sejurus selesai sertai operasi di Taman Hutan Simpan Sungai Lut.
MOHD Sawal diselamatk­an rakan setugas selepas rebah sejurus selesai sertai operasi di Taman Hutan Simpan Sungai Lut.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia