Harian Metro

BODYGUARD PERNAH DIPECAT

- Rudy Syareme Sheriffudi­n am@hmetro.com.my

„ Datin Vivian terkejut syarikat keselamata­n hantar pengawal peribadi baru sehari bekerja untuk jaga mendiang suaminya

“Saya bagai tidak percaya seorang pengawal peribadi sanggup menembak mati majikannya,” kata isteri Datuk Ong Teik Kwong, 32, yang maut ditembak dalam kejadian di Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu, di sini Khamis.

Datin Vivian Cheow, 29, berkata, pada hari kejadian dia berada di rumah di Butterwort­h sambil menunggu kepulangan suami untuk membawanya keluar makan malam.

Menurutnya, dia menerima pesanan ringkas daripada mendiang jam 7 malam dan memberitah­u dalam perjalanan balik.

Katanya, mendiang sempat memaklumka­n mereka terkandas dalam kesesakan lalu lintas dan semuanya berada baik.

“Saya kemudian dikejutkan dengan berita suami ditembak pengawal peribadiny­a di dalam kereta,” katanya ketika ditemui di Pusat Pengurusan Mayat Leong San Tong Khoo Kongsi, Air Itam, di sini, semalam.

Vivian berkata, dia terkejut kerana syarikat keselamata­n menghantar seorang kakitangan yang baru sehari bekerja dan pada pagi kejadian, dia berjumpa dengan lelaki itu, tetapi tidak bercakap apa-apa.

“Dia tidak menunjukka­n sebarang sikap pelik pada pagi itu. Saya turut dimaklumka­n adik lelaki itu bahawa abangnya pernah bekerja

dalam

keadaan

nada perlahan sambil mengadu kesakitan.

Sementara itu, ibunya, Bunisa Mohd Ali, 58, berkata, dia diberitahu doktor anaknya dalam keadaan stabil selepas menjalani pembedahan petang kelmarin.

Menurutnya, dia bersyukur kepada Allah kerana anaknya semakin baik.

“Saya meminta Amirul agar tidak banyak bergerak dan bercakap,” katanya ketika ditemui di wad ICU, HPP, di sini, semalam.

Turut menemani dengan seorang Datuk Seri, tetapi dipecat,” katanya.

Suri rumah itu berkata, buat masa ini dia hanya mahu menumpukan sepenuh perhatian terhadap upacara pengebumia­n yang akan diadakan Isnin ini.

Menurutnya, mendiang sering membantu golongan susah termasuk menubuhkan badan kebajikan CK One Foundation.

“Kini semua tiada lagi. Terima kasih kepada semua yang hadir memberikan penghormat­an terakhir buat mendiang,” katanya.

Mohamad Amirul Amin ialah bapanya, Mohamed Amir Abdul Salam, 63, dan isteri, Noorhasyid­a Abdul Halim, 31, serta anak sulung perempuan, Ainul Mardiah, 3.

Mohamed Amir turut mengucapka­n terima kasih kepada Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar, Ketua Menteri, Lim Guan Eng, Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk

Abdul Ghafar Rajab dan Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Mior Faridalath­rash Wahid yang sudi melawat anaknya.

 ??  ?? VIVIAN memberi penghormat­an terakhir kepada Ong yang terkorban dalam kejadian tembakan pada Khamis lalu di pusat pengurusan mayat Leong San Tong Khoo Kongsi, Georgetown, Pulau Pinang. IBU mangsa, Khoo Saw Hean, 68, bersama anaknya, Choi Boh Peng, 37,...
VIVIAN memberi penghormat­an terakhir kepada Ong yang terkorban dalam kejadian tembakan pada Khamis lalu di pusat pengurusan mayat Leong San Tong Khoo Kongsi, Georgetown, Pulau Pinang. IBU mangsa, Khoo Saw Hean, 68, bersama anaknya, Choi Boh Peng, 37,...
 ??  ?? ISTERI mangsa tembakan, L Thachayani (duduk) tidak dapat menahan kesedihan ketika berada di sisi jasad suaminya, M Senthil. Upacara penghormat­an terakhir diadakan di rumah keluargany­a di Taman Sembilang, Seberang Jaya, Pulau Pinang.
ISTERI mangsa tembakan, L Thachayani (duduk) tidak dapat menahan kesedihan ketika berada di sisi jasad suaminya, M Senthil. Upacara penghormat­an terakhir diadakan di rumah keluargany­a di Taman Sembilang, Seberang Jaya, Pulau Pinang.
 ?? FOTO: AMIR IRSYAD OMAR dan RAMDZAN MASIAM ??
FOTO: AMIR IRSYAD OMAR dan RAMDZAN MASIAM

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia