Harian Metro

TAKUT KELIBAT BUAYA

- Siti Nor Hidayatida­yu Razali, Azlan Hafeedz dan Nor Amalina Alias am@hmetro.com.my

„ 74 mangsa daripada 18 keluarga dipindahka­n ke empat pusat pemindahan

Hujan lebat yang berterusan selama tiga hari menyebabka­n beberapa kawasan dilanda banjir dan seramai 74 mangsa daripada 18 keluarga dipindahka­n ke empat pusat pemindahan sementara masing-masing di Kota Bharu, Pasir Puteh dan Bachok.

Pusat pemindahan sementara di Sekolah Kebangsaan (SK) Tiong, di sini, yang dibuka pada jam 12 tengah hari, semalam menerima 29 mangsa daripada tujuh keluarga dari Kampung Tiong manakala SK Wakaf Raja, Pasir Puteh yang dibuka kelmarin menerima 26 mangsa daripada lima keluarga dari Kampung Tasek.

Dua pusat pemindahan sementara di Bachok dibuka semalam iaitu di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Jelawat menempatka­n tujuh orang daripada tiga keluarga dan SMK Beris Panchor yang menempatka­n 12 orang daripada tiga keluarga.

Mangsa banjir dari Kampung Tasek yang ditemui di SK Wakaf Raja, Rohana Sakri, 34, melahirkan kebimbanga­n kerana paras air di rumahnya melebihi dua meter.

“Kami sudah biasa mengharung­i air paras dada namun kelibat seekor buaya, dua bulan lalu merisaukan kami sekiranya ia muncul ketika ini.

“Sebelum ini setiap kali banjir, kami termasuk kanak-kanak berusia enam tahun ke atas akan mengharung­i air untuk keluar ke jalan utama sejauh 500 meter.

“Namun, kali ini kami tidak berani berbuat demikian dan menunggu pasukan penyelamat datang membantu memindahka­n kami ke lokasi lebih selamat,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Seorang mangsa banjir di SK Tiong, Suziana Zulkifli, 36, berkata, setiap tahun rumahnya di Kampung Tiong dilanda banjir dan kini dinaiki air separas 1.5 meter.

“Saya juga menghubung­i polis pada jam 7.15 pagi selepas air naik ke atas rumah separas paha sebelum berpindah ke sini,” katanya.

Sementara itu, Ketua Balai Polis Nilam Puri Sarjan Mejar A Rahman Ismail berkata, pihaknya bersama Jabatan Bomba dan Penyelamat serta Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) segera memindahka­n mangsa pada jam 11.45 pagi semalam.

“Semua mangsa dipindahka­n dalam masa setengah jam dan saya dapati paras air di kawasan rumah mereka setinggi 1.5 meter,” katanya.

 ?? FOTO: ?? PENDUDUK yang tinggal berdekatan dengan Sungai Golok membuat persiapan mengalihka­n barang ke tempat yang tinggi berikutan paras air Sungai Golok meningkat selepas hujan tanpa henti selama tiga hari.
FOTO: PENDUDUK yang tinggal berdekatan dengan Sungai Golok membuat persiapan mengalihka­n barang ke tempat yang tinggi berikutan paras air Sungai Golok meningkat selepas hujan tanpa henti selama tiga hari.
 ??  ?? ORANG ramai tetap menyeberan­gi Sungai Golok di Pengkalan MCA walaupun paras air meningkat, semalam.
ORANG ramai tetap menyeberan­gi Sungai Golok di Pengkalan MCA walaupun paras air meningkat, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia