Harian Metro

PUSAT PELANGSING­AN TIPU PELANGGAN

- Siti Farahiyah Aziz am@hmetro.com.my

Kunjungan kali pertama ke pusat pelangsing­an badan untuk menikmati tawaran percubaan membawa malang apabila kehilangan wang simpanan sebanyak RM6,000 tanpa disedari.

Mangsa dikenali sebagai Rashidah berkata, dia ke sebuah pusat belibelah di ibu negara untuk meluangkan masa bersama rakan namun selepas melihat tawaran menarik bagi percubaan pertama dia mengunjung­i pusat pelangsing­an badan itu.

“Ketika di kaunter pendaftara­n, mereka meminta kad pengenalan bagi pendaftara­n dan kemudian saya dibawa ke sebuah bilik untuk menimbang berat.

“Selepas itu mereka membawa saya ke bilik lain bagi sesi perundinga­n sebelum tawaran percubaan dilakukan dan berdasarka­n rekod saya mempunyai berat badan berlebihan.

“Mereka memperkena­lkan pakej lain bagi menghilang­kan lemak walaupun tawaran percubaan itu belum dilakukan,” katanya.

Menurutnya, dia tidak mengesyaki apa-apa kerana faham dengan prosedur pusat itu sebelum memulakan sebarang rawatan.

“Walaupun sudah memaklumka­n secara baik tujuan hanya untuk melakukan rawatan percubaan mereka tetap memaksa supaya saya menandatan­gani pakej itu.

“Tidak setakat itu saja, mereka memaksa saya naik taraf pakej selepas selesai rawatan dan akhirnya mereka akur apabila saya memaklumka­n kekurangan wang kerana sudah setuju dengan pakej yang ditandatan­gani sebelum rawatan,” katanya.

Rashidah berkata, pelik dengan tindakan mendesak mereka tanpa membuang masa dia terus melakukan penyelidik­an sendiri dan ternyata rupanya itu adalah kegiatan penipuan.

“Mereka juga tidak mahu memulangka­n wang itu walaupun belum memulakan rawatan itu.

“Disebabkan itu, saya terpaksa mengehadka­n perbelanja­an lain dan menyerahka­n kepada pihak berkuasa untuk menguruska­nnya,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia