Harian Metro

Hati terpikat layanan abang sepupu

-

Saya sukakan sepupu dan menyanjung­i dia kerana sering memberi perhatian kepada saya. Berbanding sepupu lain mereka kurang senang dengan sikap kasar saya. Saya anak kedua daripada lima beradik dan semuanya lelaki. Saya berusia 16 tahun dan mempunyai sikap kasar.

Namun, saya bukanlah tomboi mahupun penkid dan semestinya boleh melakukan kerja rumah mahupun memasak seperti anak dara lain.

Kekurangan ialah cuma gaya dan pemakaian saya yang tidak seperti kebanyakka­n gadis.

Abang sepupu saya tua lima tahun sering membelikan barangan menggalakk­an penampilan mahupun bersikap gadis.

Balik cuti dari kampus, dia akan belikan blaus labuh dan seluar denim bermotif flora. Sikapnya itu membuatkan saya makin sukakan dia. Apa saya perlu lakukan agar dia menyedari perasaan saya?

LIELA Subang Jaya, Selangor

Menyukai lelaki memberi perhatian kepada saudari itu suatu yang normal. Namun, sejauh mana saudari mengenal pasti perasaan itu sebagai jatuh hati atau hormat kerana sepupu lebih tua itu penting.

Maklumlah saudari satu-satunya anak perempuan dalam kalangan adik-beradik lelaki, Dang Setia khuatir terlalu terbuai dengan layanan membuatkan saudari tidak dapat membuat pertimbang­an tepat.

Saudari masih muda iaitu belasan tahun dan tidak mempunyai pengalaman dalam percintaan membuatkan jatuh hati itu mudah berlaku. Di sudut lain, saudari mempunyai hubungan erat dengan abang sepupu.

Kenal pasti tujuan dia melayan saudari jauh lebih baik itu terlebih dulu. Mana tahu saudari tidak bertepuk sebelah tangan. Namun, untuk itu saudari perlu bersedia baik dari segi mental mahupun emosi.

Bersedia untuk menerima penolakan itu membuatkan saudari yakin berterus terang mengenai perasaan sendiri. Saudari lebih arif dengan sikap sepupu semestinya tahu kaedah tepat dalam menyampai perasaan sendiri.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia