Harian Metro

MUMIA PALING TERPELIHAR­A

-

Mayatnya sudah berusia 2,100 tahun tetapi kulitnya masih lembut, masih berambut dan berbulu kening sementara tangan dan kakinya masih boleh dibengkok.

Lady of Dai mungkin boleh dianggap mumia paling terpelihar­a pernah ditemui.

Dia yang juga dikenali sebagai Xin Zhui hidup ketika pemerintah­an dinasti Han (antara 206SM – 220M) ialah isteri seorang kenamaan atau Marquis of Dai.

Kuburnya ditemui di dalam sebuah bukit yang dikenali sebagai Mawangdui, di Changsha, Hunan, China pada 1971, ketika pekerja menggali untuk mencari tempat perlindung­an serangan udara.

Ketika mati lebih 2,000 tahun lalu, Zhu dipercayai mempunyai berat badan berlebihan, menghidap darah tinggi, saluran darah tersumbat, kencing manis dan berdepan masalah jantung.

Saintis terkejut mendapati mayatnya masih terpelihar­a

„ Mayat berusia 2,100 tahun masih berambut, kulit licin

baik dan semua organ dalamannya berada di tempatnya, bersama-sama darah jenis A.

Selepas menganalis­is mayatnya, saintis percaya Xin Zhui mati ketika berusia 50 tahun akibat sakit jantung kerana gaya hidup mewahnya.

Mereka juga percaya makanan terakhir yang dimakan sebelum dia mati ialah buah tembikai. Apabila pusaranya ditemui, dia didapati dikebumika­n bersama 100 pakaian suteranya, 160 kayu berukir yang melambangk­an orang gajinya serta pelbagai mekap dan kelengkapa­n mandi.

Mayatnya dibalut dengan lebih 20 lapisan kain sutera sebelum dimasukkan di dalam empat lapis keranda yang turut diisi dengan arang serta ditutup dengan tanah liat untuk memastikan ia tertutup rapi supaya tidak ada kuman boleh masuk.

 ??  ??
 ??  ?? RAMBUT Lady of Dai masih seperti dulu walaupun dia sudah mati 2,100 tahun lalu. MAYAT Xin Zhui, isteri Marquis of Dai, dianggap mumia paling terpelihar­a.
RAMBUT Lady of Dai masih seperti dulu walaupun dia sudah mati 2,100 tahun lalu. MAYAT Xin Zhui, isteri Marquis of Dai, dianggap mumia paling terpelihar­a.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia