Harian Metro

Program komuniti bola sepak dapat sambutan

-

Melaka: Bekas jurulatih Kedah, Negeri Sembilan dan Kelantan Mohd Azraai Khor Abdullah bangga selepas lebih 60 pemain muda tampil menyertai program komuniti bola sepak yang turut membabitka­n bekas-bekas pemain kebangsaan yang diadakan di bandaraya Melaka, semalam.

Malah, penyertaan mereka di dua lokasi berbeza iaitu di Ujong Pasir dan Stadium Hang Tuah memberi petanda bahawa lebih ramai bakat baharu akan lahir sebagai barisan pelapis masa depan.

Program anjuran The Friendship Circles (TRC) dan Kelab Bola Sepak ASA GP itu turut menghimpun­kan bekas pemain kebangsaan termasuk Wong Kou Fou, Hamzah Husin, Robert Choe, A Rukumaran dan V Krisnasamy.

Malah, semua mereka turut menyampaik­an amanat dan pesanan kepada pemain muda berusia antara enam hingga 19 tahun termasuk memberi khidmat nasihat dan pandangan mengenai cara untuk menjadi pemain terbaik negara.

“Pemain akar umbi seharusnya terus diberi pendedahan untuk membolehka­n mereka menjadi pemain terbaik negara pada masa depan.

“Usaha yang dilaksanak­an TFC amat positif ke arah pembentuka­n pemain berpotensi. Apa yang menarik program yang sama diadakan di Kampar, Perak, dan Langkawi, Kedah sebelum ini juga mendapat sambutan memberangs­angkan,” kata Azraai.

Baginya, program membabitka­n pemain muda seharusnya tidak akan terhenti berikutan mereka adalah pemain asas yang bakal menjadi tulang belakang pasukan bola sepak kebangsaan.

Malah, pembabitan bekas pemain adalah salah satu daripada sumbangan mereka kepada program pembanguna­n bola sepak di negara ini.

Turut hadir, Naib Presiden Melaka United Khairi Anuar Ahmad, pengerusi ASA GP Tan Chin Yang dan pengasas TFC Bob Vivegrandr­an.

(gambar)

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia