Harian Metro

Menangis panggil ibu

- Mohamad Azim Fitri Abd Aziz am@hmetro.com.my

„ Kanak-kanak ‘bolos’ dari rumah pengasuh ditemui merayau di kawasan perumahan

Cemas dua jam sebelum ditemui selamat. Itu yang terjadi kepada kanak-kanak perempuan, Nur Dhiya Malaika Muhamad Khairul Anam, 2, apabila ditemui dalam keadaan menangis oleh orang ramai selepas keluar merayau di kawasan perumahan Bukit Rangin, di sini, semalam.

Penduduk, Rashidah Derasih, 52, berkata, dia menemui kanak-kanak itu jam 11 pagi dalam keadaan menangis teresak-esak memanggil nama ibunya sebelum mendukungn­ya kerana bimbangkan keselamata­nnya.

“Saya lihat dia berjalan dan menangis memanggil ibunya. Saya menghampir­inya sebelum kereta peronda polis tiba di kawasan perumahan itu.

“Kanak-kanak itu dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan untuk tindakan lanjut,” katanya ketika ditemui wartawan di IPD Kuantan, di sini, semalam.

Rashidah yang juga seorang guru berkata, dia turut menemani kanak-kanak berkenaan ke IPD Kuantan sebelum polis membuat hebahan bagi mencari ibu bapanya.

Kanak-kanak itu diambil ibu bapanya jam 1 tengah hari di IPD Kuantan.

Menurut bapa kanak-kanak itu, Muhamad Khairul Anam Muhamad Zain, 27, dia menghantar anaknya ke rumah pengasuh di kawasan perumahan berkenaan jam 9 pagi.

“Selepas hantar dia, saya terus pergi kerja sebelum mendapat panggilan anak hilang dari rumah pengasuh.

“Saya tidak tahu bagaimana dia keluar sebelum saya bergegas ke IPD Kuantan selepas mendapat maklumat dia berada di sana,” katanya.

Muhamad Khairul Anam berkata, dia tidak menyalahka­n pengasuhny­a atas kejadian itu dan bersyukur anaknya ditemui selamat oleh orang ramai.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Kuantan Superinten­dan Abdul Aziz Ahmad berkata, siasatan mendapati ketika kejadian, kanak-kanak terbabit ditinggalk­an pengasuhny­a bersama anak perempuan berusia 19 tahun sebelum dia meninggalk­an rumah seketika.

“Tiada unsur dera atau jenayah ditemui pada fizikal Nur Dhiya Malaika dan kami menganggap kes ini selesai,” katanya.

 ??  ?? ABDUL Aziz mendukung Nur Dhiya selepas ditemui selamat.
NUR Dhiya bersama Mohd Khairul.
ABDUL Aziz mendukung Nur Dhiya selepas ditemui selamat. NUR Dhiya bersama Mohd Khairul.
 ??  ?? RASHIDAH menemui Nur Dhiya dalam keadaan menangis di kawasan rumahnya.
RASHIDAH menemui Nur Dhiya dalam keadaan menangis di kawasan rumahnya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia