Harian Metro

Strategi online menjadi

- Ahmad Ismail am@hmetro.com.my

„ Peniaga terima tempahan 200 sehari hantar sampai ke kebun kelapa sawit

ual nasi lemak pun perlu ada strategi pemasaran dan jika tidak, pasti tidak bertahan lama dan syukur selepas menggunaka­n media sosial sebagai medium pemasaran, saya kini tidak menang tangan menerima tempahan pelanggan,” kata peniaga Nasi Lemak Pak Wan Muhammad Nur Hakim Ramlan, 24.

Menurutnya, idea melakukan pemasaran melalui media sosial timbul apabila perniagaan­nya kurang mendapat sambutan pada peringkat awal selepas dua bulan beroperasi di warung burger milik rakannya di Taman Yayasan, Buloh Kasap, di sini.

Katanya, pernah dalam sehari hanya sebungkus nasi lemak dijual menyebabka­n dia mengambil keputusan untuk mengubah strategi jualannya.

Muhammad Nur Hakim berkata, selepas menggunaka­n media sosial seperti WhatsApp dan Facebook, dia memperkena­lkan khidmat

penghantar­an nasi lemak bersama sambal tumis bilis serta ayam goreng berempah resipi rahsia disediakan ibunya, Fazilah Hashim, 53, manakala nasi lemak pula dimasak bapanya, Ramlan Daud, 60.

“Selepas membuat promosi menggunaka­n media sosial itu, jualan nasi lemak saya meningkat mendadak dan syukur kini walaupun tidak menang tangan menerima tempahan namun tidak pernah mengecewak­an pelanggan.

“Penghantar­an dibuat terus kepada pelanggan mulai jam 1 tengah hari hingga 10 malam dan saya membuat penghantar­an di sekitar Segamat bermula dari kebun kelapa sawit hingga ke pejabat,” katanya ketika ditemui,

semalam. Menurut anak kedua daripada tiga beradik itu, Nasi Lemak Pak Wan dibungkus menggunaka­n kertas dan daun pisang bersama sambal tumis ikan bilis, telur rebus, timun dan kacang tanah dijual dengan harga RM1.50 sebungkus manakala nasi lemak berlauk ayam goreng berempah dijual RM2.

Katanya, pelanggann­ya terdiri daripada pelbagai kaum dan dia menerima tempahan kira-kira 200 bungkus sehari menyebabka­n dia perlu bijak merancang perjalanan bagi menghantar pesanan menggunaka­n Proton Saga miliknya di sekitar Buloh Kasap, bandar Segamat, Jalan Muar, Batu Anam, Jementah dan Bandar Putra.

“Saya perlu meneliti pesanan dibuat supaya tidak membazir masa dan petrol berulang-alik dua tiga kali ke lokasi sama selain memastikan setiap pesanan sampai kepada pelanggan tepat pada waktu,” katanya.

 ??  ?? NUR Hakim menunjukka­n nasi lemak yang dipasarkan
melalui media sosial.
NUR Hakim menunjukka­n nasi lemak yang dipasarkan melalui media sosial.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia