Harian Metro

Bawa karakter Kapten Mukhriz

- Najiy Jefri najiy.jefri@hmetro.com.my

Black sasar vokal terbaik untuk Anugerah Terindah pada AJL 31

Anugerah Juara Lagu ke-31 (AJL31) yang bakal berlangsun­g di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada 22 Januari depan sememangny­a memberi debaran dan tekanan buat semua 12 finalis.

Mana tidaknya, pentas berprestij itu bukan sahaja mengiktira­f komposer dan penulis lirik, malah akan menjadi catatan manis buat setiap penyanyi selain dapat mencantikk­an lagi portfolio mereka.

Bertemu penyanyi

Black pada majlis memperkena­lkan pengacara dan pengumuman giliran persembaha­n finalis AJL31 baru-baru ini, penyanyi yang mempertaru­hkan lagu Anugerah Terindah itu mengakui berdebar dan teruja untuk kembali beraksi di pentas gilang-gemilang itu.

“Alhamdulil­lah rezeki sekali lagi berpihak kepada saya untuk berada di pentas final ini. Terus terang, belum ada sebarang kata putus mengenai konsep persembaha­n yang bakal dilakukan kerana terdapat beberapa idea yang masih dalam perbincang­an bersama pihak pengurusan.

“Namun, memandangk­an tema tahun ini adalah Cerita Dalam Lagu, saya bercadang untuk membawakan kembali karakter drama Sayangku Kapten Mukhriz kerana Anugerah Terindah adalah lagu tema drama terbabit,” katanya.

Menurut Black, tahun ini dia meletakkan sasaran untuk memenangi kategori vokal selepas kali terakhir dirangkuln­ya pada 2010 menerusi lagu Aku Rindu Sayang Kamu.

“Jujurnya saya sasarkan untuk memenangi kategori vokal terbaik tahun ini. Namun, tidak dinafikan calon lain semuanya berbakat besar dan mempunyai kekuatan vokal masingmasi­ng.

“Sebenarya saya sudahpun mula menjaga kesihatan diri dan menjalani latihan di gimnasium untuk memastikan stamina di atas pentas terkawal dan berjalan lancar,” katanya.

Sementara itu, Penerbit Eksekutif Nurul Huda

Khalid berkata, pemilihan pengacara Sarimah Ibrahim dan Awal Ashaari sebagai hos AJL31 bersama-sama pengacara sedia ada iaitu Fara Fauzana dan Fizie

Hot FM bagi menyuntik kelainan dan memastikan acara itu berlangsun­g meriah sepanjang ia bersiaran.

“Bagi memastikan acara ini berjalan lancar dan menghiburk­an penonton selama tiga jam bersiaran bukan tugas mudah.

Justeru, kami menambah dua lagi pengacara bagi menyuntik kelainan dan memberi persekitar­an baru selepas program berkenaan dibawakan oleh Fara dan Fizie pada separuh akhir dan program mingguan.

“Saya percaya kombinasi ini akan menggegark­an malam AJL31 dengan keletah dan aksi spontan yang bakal mereka persembahk­an,” katanya.

Ditanya mengenai tema Cerita Dalam Lagu pada penganjura­n kali ini, Nurul Huda berkata, tahun ini pihaknya mahu mengangkat penulis lirik yang banyak berjasa dalam industri muzik tanah air.

“Selama tiga dekad AJL bersiaran, penulis lirik kurang diberi perhatian berbanding komposer dan penyanyi. Justeru, tahun ini kami mengangkat penulis lirik dengan membuat tribute terhadap beberapa penulis lirik terkenal yang banyak memberi sumbangan kepada industri seni tanah air,” katanya.

 ??  ?? Saya sudahpun mula menjaga kesihatan diri dan menjalani latihan di gimnasium untuk memastikan stamina di atas pentas terkawal dan berjalan lancar BLACK sasar menang vokal terbaik.
BARISAN pengacara AJL31, Sarimah, Fizie dan Fara Fauzana.
Saya sudahpun mula menjaga kesihatan diri dan menjalani latihan di gimnasium untuk memastikan stamina di atas pentas terkawal dan berjalan lancar BLACK sasar menang vokal terbaik. BARISAN pengacara AJL31, Sarimah, Fizie dan Fara Fauzana.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia