Harian Metro

NYAWA TERGANTUNG

- Ramli Ibrahim am@hmetro.com.my

„ Tiga beranak nyaris maut kenderaan

terbabas rempuh tembok jambatan

“Saya terkejut apabila kereta hilang kawalan dan lebih menakutkan apabila kami ‘tergantung’ dalam kereta di atas jambatan itu,” kata Mohd Fakhrulhak­im Mat Zain, 30, yang terselamat apabila Perodua Viva dipandunya terbabas dan merempuh tembok jambatan, kelmarin.

Dalam kejadian di Kilometer 0.5, Jalan Gua Musang-Kuala Krai di sini, jam 8.15 malam, Mohd Fakhrulhak­im bersama isteri, Nurul Shahida Mat Nor, 29, dan anak lelaki, Mohd Firash Mikhail, 3, dalam perjalanan ke FELDA Perasu dari Gua Musang.

Bagaimanap­un, ketiga-tiga mereka hanya cedera ringan dan menerima rawatan pesakit luar di Hospital Gua Musang (HGM), di sini.

Menurutnya, ketika kejadian, hujan lebat menyebabka­n kenderaann­ya hilang kawalan lalu terbabas dan merempuh Proton Wira yang datang dari arah bertentang­an.

“Apabila berlaku perlanggar­an, saya cuba tidak panik sehingga kereta meluncur laju merempuh tembok jambatan dan hampir terjunam ke bawah landasan kereta api.

“Saya bersyukur dalam keadaan kelam-kabut itu, orang ramai datang membantu menyelamat­kan kami. Alhamdulil­lah kerana jika tiada yang membantu, tidak tahulah nasib kami,” katanya di sini, semalam.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superinten­dan Rajab Ahad Ismail ketika dihubungi mengesahka­n menerima laporan kejadian itu.

Menurutnya, mangsa hanya cedera ringan dan menerima rawatan di HGM.

“Kemalangan itu menyebabka­n kesesakan jalan sepanjang dua kilometer di kedua-dua hala namun ia dapat dikawal dan trafik lancar sejam kemudian,” katanya.

 ??  ??
 ?? FOTO: ?? KEADAAN Perodua Viva yang dinaiki tiga beranak yang terbabit dalam kemalangan di Kilometer 0.5 Jalan Gua Musang-Kuala Krai.
FOTO: KEADAAN Perodua Viva yang dinaiki tiga beranak yang terbabit dalam kemalangan di Kilometer 0.5 Jalan Gua Musang-Kuala Krai.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia