Harian Metro

Jokowi tinjau khemah mangsa

-

Di penjuru kamar kecil kedai dua tingkat, Yusanti Emali, 36, enak dibuai mimpi bersama suami, Rejab Aziz, 37, dan anak lelaki mereka, Dinda Safira, 14. Tanpa diduga bilik dihuni mereka digoncang kuat sebelum dinding dan lantai kamarnya merekah seribu.

Segala perkakas di dalam bilik itu jatuh berantakan. Dalam kiraan beberapa saat, siling kediaman runtuh sebelum menimpa ketiga-tiga mereka dengan dentuman kuat. Bekalan elektrik terputus mendadak dan suasana bertukar gelap-gelita.

Yusanti merasakan tubuhnya tidak mampu bergerak akibat tersepit di celah runtuhan batu dinding batu dan katil.

Jeritan anaknya melolong sakit kedengaran namun apakan daya tubuh Yusanti ditimbus hingga paras dada.

“Mahu bernafas pun susah ketika itu. Apatah lagi untuk menyelamat­kan anak. Saya hanya mampu menyebut ‘laa ilaaha illallah’ berulang kali ketika itu.

Pidie Jaya: Presiden Joko Widodo (Jokowi) meninjau khemah yang menempatka­n mangsa gempa di pekarangan Masjid Attaqarub Keude Trienggade­ng, di sini.

Dalam kesempatan itu, Jokowi sempat beramah mesra dengan anak mangsa dan memberi hadiah kepada mereka yang menjawab soalan kuiz ditanyakan­nya.

Ada yang hafal Pancasila tidak? Siapa yang hafal angkat tangan. Ada hadiahnya menanti,” kata Jokowi.

Seorang kanak-kanak bernama Muhammad Abil memberanik­an diri menjawab pertanyaan Jokowi. Dengan lantang, dia menyebut ayat penting dalam Pancasila itu.

Jokowi memberikan beberapa buku sebagai hadiah kepada Abil. Bukan saja Abil, Jokowi turut memberi buku kepada semua kanak-kanak beserta makanan ringan.

Sebelum meninggalk­an masjid itu, Jokowi berpesan supaya semua kanak-kanak berkenaan belajar dan bermain seperti biasa. - Detik News

 ??  ?? PASUKAN penyelamat memotong konkrit runtuhan bangunan untuk mencari mangsa gempa bumi.
PASUKAN penyelamat memotong konkrit runtuhan bangunan untuk mencari mangsa gempa bumi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia