Harian Metro

SEORANG LEMAS SABANHARI

- Mohd Firdaus Ibrahim dan Muhammad Saufi Hassan am@hmetro.com.my

„ Perangkaan dedah 1,007 mati di seluruh Malaysia dalam tempoh tiga tahun lalu

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) merekodkan seramai 1,007 mangsa maut dalam kejadian lemas di seluruh negara bagi tempoh tiga tahun bermula 2014 hingga Oktober 2016 terutama ketika cuti persekolah­an dan musim perayaan.

Selain itu, seramai 204 lagi mengalami kecederaan dan 1,294 individu berjaya diselamatk­an.

Ini bermaksud anggaran secara purata satu kes kematian membabitka­n lemas dilaporkan setiap hari.

Ketua Cawangan Program Kesedaran dan Keselamata­n Awam Bahagian Keselamata­n Kebakaran JBPM, Nik Zulkifli Ibrahim berkata, disebabkan peningkata­n kes lemas setiap tahun, satu kempen dilancarka­n bagi memberi kesedaran dan pendidikan kepada masyarakat.

“Kempen Keselamata­n Aktiviti di Air dilancarka­n sejak Mei lalu yang menekankan tiga elemen utama iaitu pendidikan, kejurutera­an dan penguatkua­saan,” katanya.

Mengulas mengenai statistik direkodkan JBPM, Nik Zulkifli berkata, sehingga Oktober 2016, daripada 651 kes dilaporkan, 250 kematian direkodkan, 86 cedera dan 462 individu dapat diselamatk­an.

“Pada 2015 pula, 739 kes direkodkan membabitka­n 376 kematian, 58 cedera dan 427 diselamatk­an berbanding 2014 yang mana 381 maut, 60 cedera dan 405 diselamatk­an daripada 703 kes yang dilaporkan berlaku,” katanya.

Katanya, antara lokasi kejadian lemas adalah di pantai, pembetung, hutan, sungai/tali air, air terjun/jeram dan kategori lain-lain kerja menyelamat.

Nik Zulkifli berkata, kebanyakan kes lemas berlaku pada musim cuti persekolah­an dan musim perayaan.

“Malah, dua hari lalu saja empat individu dilaporkan maut kerana lemas. Disebabkan itu kita perlu bangkitkan kesedaran kepada masyarakat.

“Kadang kala keterujaan untuk bermain air itu berakhir dengan tragedi (kematian). Contohnya kes lampau, ada remaja maut hanya kerana mahu mendapatka­n seliparnya yang hanyut. Adakah ia berbaloi?” katanya.

Katanya, disebabkan itulah pihaknya melancarka­n Kempen Keselamata­n di Air bagi menerangka­n risiko dan bahaya yang akan dihadapi sekiranya beriadah di kawasan air.

“Antara pendekatan yang dipraktikk­an dalam kempen berkenaan adalah bagi mewujudkan sekurang-kurangnya seorang perenang dalam satu keluarga.

“Biarpun dia bukanlah pakar seperti perenang profesiona­l, namun tetap akan didedahkan dengan cara menyelamat yang betul sekiranya berdepan dengan situasi berkenaan (lemas),” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia