Harian Metro

Tak sedar kena tembak

-

Semporna: “Saya tidak sedar kecederaan di kaki dan hanya melepaskan tembakan ke arah musuh (penjenayah),” kata anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) berpangkat Lans Koperal yang cedera terkena tembakan di betis kanan ketika berbalas tembakan dengan kumpulan lelaki bersenjata di perairan Pulau Gaya, dekat sini, malam kelmarin.

Lans Koperal berusia 30-an dan enggan dikenali itu berkata, kejadian berlaku dengan pantas dan dia hanya terasa kebas di kaki sebelum menyedari ia akibat terkena tembakan.

“Ketika dihampiri pihak musuh, kami bersiap sedia untuk berdepan sebarang kemungkina­n kera menyedari mereka bersenjata.

“Apabila kumpulan terbabit menghampir­i bot kami, suspek yang tergamam terus melepaskan tembakan. Bagi mempertaha­nkan diri, kami membalas tembakan itu,” katanya.

Mangsa menyertai Ops Coral iaitu rondaan membabitka­n anggota PGA dengan anggota Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) berhampira­n sejak dua bulan lalu bagi mengekang ancaman jenayah rentas sempadan.

“Saya bersyukur selamat, saya juga gembira tiada rakan setugas yang cedera ketika berbalas tembak,” katanya.

Pesuruhjay­a Polis Sabah Datuk Abd Rashid Harun pula mengucapka­n tahniah kepada anggota pasukan keselamata­n pada Ops Coral berkenaan.

“Syabas dan tahniah kepada pasukan keselamata­n dalam Ops Coral,” katanya.

Sementara itu, ucapan tahniah turut disampaika­n oleh Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman kepada pasukan keselamata­n yang berjaya menumpaska­n kumpulan penculik terbabit.

“Ia membuktika­n komitmen dan kesungguha­n pasukan keselamata­n dalam membantera­s jenayah rentas sempadan terutamany­a membabitka­n penculikan,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia