Harian Metro

BOLEH BALIK

- Siraj Mohd Zaini siraj@hmetro.com.my

„ Mangsa kejadian tanah runtuh dibenar pulang ke rumah selepas 2 minggu ‘berlindung’

Selepas dua minggu ‘menginap’ di pusat pemindahan, semua mangsa tanah runtuh di Taman Idaman, Serendah, di sini, dibenarkan pulang ke kediaman masing-masing mulai jam 5 petang semalam.

Tinjauan di Sekolah Rendah Agama (SRA) Serendah mendapati riak wajah gembira dan tidak sabar terpancar pada wajah penduduk selepas pengumuman pihak berkuasa yang menyatakan kawasan dikategori­kan sebagai zon merah sebelum ini diisytihar­kan selamat untuk diduduki semula.

Penduduk, Arfiah Muraf, 56, melahirkan rasa syukur kerana segala kesulitan yang dihadapi penduduk dapat diselesaik­an pihak bertanggun­gjawab.

Katanya, dia kini boleh tidur lena di rumah berbanding ketika ditempatka­n di pusat pemindahan itu.

“Alhamdulil­lah kerana kami boleh pulang ke rumah selepas diberitahu kediaman kami semua selamat untuk diduduki.

“Meskipun keadaan di pusat pemindahan berbeza dengan di rumah, tetapi kerjasama pelbagai pihak membantu meringanka­n masalah dan terima kasih kepada semua,” katanya ketika ditemui di sini semalam.

Bagi Sharimah Ahmad, 47, dia berharap kejadian buruk itu tidak berulang pada masa akan datang dan pengalaman ditempatka­n di pusat pemindahan bersama jiran tidak akan dilupakan.

“Saya sekeluarga lega kerana dapat pulang ke rumah dan segala komitmen pihak berkuasa yang bertungkus-lumus menyiapkan kerja di lokasi kami sangat hargai dan mengucapka­n terima kasih.

“Sudah tentu saya tidak mahu kejadian itu berlaku lagi kerana ia mimpi ngeri untuk kami tetapi syukur semuanya sudah selesai,” katanya.

Sementara itu, Pegawai Daerah Hulu Selangor Mohd Fauzi Mohd Yatim berkata, kajian yang dilakukan Jabatan Kerja Raya (JKR) dengan dibantu Jabatan Mineral dan Geosains (JMG), Jabtan Pengairan dan Saliran (JPS), Indah Water Konsortium serta Air Selangor mengesahka­n kediaman penduduk yang terjejas sebelum ini selamat diduduki semula.

Katanya, Pos Kawalan Tempat Kejadian (PKTK) ditutup jam 10 malam tadi manakala Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) ditutup jam 12 tengah hari ini selepas 152 mangsa di pusat pemindahan pulang ke kediaman masing-masing.

 ?? Arfiah Muraf ?? Kerjasama pelbagai pihak membantu meringanka­n masalah dan terima kasih kepada semua” PENDUDUK mula mengemas barang selepas dibenarkan berpindah keluar. ANGGOTA Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) membantu mangsa tanah runtuh.
Arfiah Muraf Kerjasama pelbagai pihak membantu meringanka­n masalah dan terima kasih kepada semua” PENDUDUK mula mengemas barang selepas dibenarkan berpindah keluar. ANGGOTA Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) membantu mangsa tanah runtuh.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia