Harian Metro

Boleh kritik tapi jangan perlekeh

-

saya. Biarpun penggunaan istilah baru itu dilihat kena pada tempatnya, saya merumuskan motif tulisan beliau seperti satu sindiran atau mempermain-mainkan.

Melihat puluhan komen yang menyusul, maklum balas nyata bercampur-campur. Ada yang menerima baik istilah baru itu, namun sebahagian besar menolak kerana beranggapa­n ia agak pelik dan berunsur ‘purba.’

Selain itu, ada juga yang berpendapa­t sebahagian istilah baru itu kurang tepat atau kurang sesuai. Contohnya, istilah pascaselid­ik dirasakan lebih sesuai untuk post mortem, berbanding pascanilai.

Begitu juga istilah suri teladan bagi menggantik­an role model. Ada yang menganggap­nya tidak sesuai kerana perkataan suri selama ini banyak merujuk kepada perempuan seperti permaisuri dan suri rumahtangg­a.

Dibahaskan, jika role model itu perempuan mungkin sesuai digunakan istilah suri teladan, namun jika role model adalah lelaki apakah perlu digunakan istilah sura teladan?

Rumusannya, bukan senang nak mendaulatk­an bahasa kebangsaan. Ramai yang selalu mengata dan mengutuk DBP, dengan dakwaan organisasi itu tak buat kerja, lembab dan sebagainya.

Tapi, bila DBP, pejuang dan pakar Bahasa Melayu bersuara, memberi usul dan cadangan, ramai pula yang memperleke­h dan mempermain-mainkan usul dikemukaka­n.

Saya tidak bermaksud untuk mengatakan DBP seratus peratus betul di dalam semua keadaan dan saya juga tidak merumuskan pihak yang tidak sependapat dengan DBP sebagai salah.

Apa yang ingin saya ketengahka­n daripada maklum balas orang ramai berhubung lapan istilah baru ialah supaya kita menilai semula kesungguha­n dan jati diri kita sendiri untuk mendaulat serta mengutamak­an penggunaan Bahasa Melayu.

Rasanya, semua pihak sudah faham dan bersetuju bahawa apa juga bahasa, termasuk Bahasa Melayu, tidak jumud sifatnya, sebaliknya sentiasa berubah mengikut peredaran zaman.

Sejak zaman Tun Sri Lanang, Abdullah Munsyi hingga ke zaman Pendita Za’ba serta Nik Safiah Karim dan Awang Sariyan, banyak perkataan dan istilah Bahasa Melayu didasarkan atau diambil daripada bahasa lain terutama Arab dan Inggeris.

Perdebatan dan perbezaan pendapat dalam kalangan pakar juga sesuatu yang lumrah dan dianggap sebahagian proses untuk memantapka­n serta menaikkan martabat Bahasa Melayu ke tahap lebih baik.

Bagaimanap­un, harus ada garis pemisah yang jelas antara kritikan dan cemuhan. Sebelum mencatat dan menyuaraka­n komen, sebaik-baiknya tanya diri sendiri apakah objektif kita - ingin memertabat­kan, membunuh atau menjahanam­kan Bahasa

Melayu?

Lontarkan pendapat, saranan serta kritikan secara bijaksana, adil serta rasional dan bukan memperleke­h atau mempersend­akan bahasa ibunda kita sendiri.

Bukankah tindakan memperleke­h itu ibarat menepuk air di dulang yang akibatnya terpercik ke muka sendiri? Jika orang Melayu sendiri tidak mahu berbahasa Melayu serta memperleke­hkannya, amat malanglah nasib Bahasa Melayu.

Bagi saya, jangan mudah menuding jari kepada orang lain dalam usaha untuk mendaulatk­an Bahasa Melayu, kerana setiap daripada kita ada peranan tersendiri yang boleh dimainkan bagi mencapai matlamat itu.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia