Harian Metro

NASIB SI KUNANG-KUNANG

- Siraj Mohd Zaini dan Suzaini Sulaiman am@hmetro.com.my

Kekurangan pokok berembang sumbang kepada kepupusan spesies kelip-kelip di Sungai Selangor

Kuala Selangor

Rakus meneroka tanah hingga ke pinggir sungai. Itu antara punca spesies kelip-kelip yang dulunya menjadi penggalak kepada industri pelanconga­n bertaraf antarabang­sa di daerah ini kini diancam kepupusan.

Pokok berembang yang menjadi habitat utama kelip-kelip di Sungai Selangor ditebang semata-mata kerana mahu memuaskan pihak tidak bertanggun­gjawab yang menceroboh kawasan itu untuk dibangunka­n tanpa mempedulik­an kesannya terhadap alam sekitar. Tumbuh di kawasan paya bakau, pokok berembang atau nama saintifikn­ya Sonneratia

Caseolaris mempunyai keistimewa­an tersendiri kerana menjadi tempat spesies kelip-kelip hinggap pada malam hari untuk menghisap manisan bunga pokok berkenaan.

Kampung Kuantan dan Kampung Asahan di sini antara lokasi pilihan serangga berkenaan sejak puluhan tahun lalu dan langkah pemulihara­an perlu dijalankan secara berterusan jika mahu generasi akan datang terus mengenali kelip-kelip.

Penduduk Shahrizal Abd Rahim, 29, berkata, penceroboh­an tanah untuk dibangunka­n menjadi kawasan pertanian di pesisir sungai antara faktor kepupusan spesies berkenaan sejak beberapa tahun kebelakang­an ini.

Menurutnya, meskipun ada antara penduduk mengambil inisiatif sendiri dengan menanam semula pokok berkenaan namun kerjasama daripada pelbagai pihak diperlukan bagi membangun semula prospek industri pelanconga­n yang semakin dipandang sepi.

“Ramai peneroka tanah di beberapa kawasan tepi sungai mengambil kesempatan meneroka tanah hingga ke tepi sungai sedangkan ia tanah rizab JPS (Jabatan Pengairan dan Saliran) atau LUAS (Lembaga Urus Air Selangor), tetapi demi keuntungan, mereka degil.

“Kami kecewa kerana kerakusan mereka meneroka tanah demi mengaut keuntungan, tetapi lupa mengenai pentingnya menjaga alam sekitar untuk anak cucu mereka,”katanya.

Menurutnya, pada masa lalu, kelip-kelip bukan saja boleh dilihat di Kampung Kuantan, malah di tepi jalan Kuala Selangor-Sungai Buloh juga menjadi habitat serangga berkenaan.

“Jika spesies ini dijaga dengan baik terutama habitatnya, ia akan menjadi penyumbang ekonomi kepada penduduk kerana pelancong asing menyukai keindahan alam sekitar terutama melihat kelip-kelip pada waktu malam.

“Situasi sudah berubah kerana masing-masing inginkan pembanguna­n, tetapi apa yang menjadi tarikan utama pelanconga­n di kawasan ini sejak sekian lama seharusnya tidak diabaikan,”katanya.

Sementara itu, sebuah badan bukan kerajaan (NGO) iaitu

Kelab Generasi Wawasan Sri

Asahan yang bertanggun­gjawab terhadap pemulihara­an spesies kelip-kelip di kawasan itu mengharapk­an semua pihak berganding bahu bagi memastikan spesis berkenaan kekal sehingga generasi seterusnya.

Pengerusin­ya, Ali Tukiran berkata, jumlah pokok berembang di sepanjang sungai berkenaan semakin berkuranga­n disebabkan pelbagai faktor termasuk penerokaan tanah serta pencemaran sungai dan hakisan semula jadi sungai, namun ia bukan alasan untuk membiarkan spesies kelip-kelip diancam kepupusan. “Pelbagai program penanaman semula sudah dilakukan dan diharapkan ada pihak bertanggun­gjawab tampil bagi membantu secara serius bagi meningkatk­an semula industri pelanconga­n di kawasan ini,”

katanya.

 ??  ??
 ??  ?? POKOK nipah juga disemai di Pangkalan Nelayan Tanjong Siam.
POKOK berembang di persisiran sungai berhampira­n Pangkalan Nelayan Tanjong Siam.
POKOK nipah juga disemai di Pangkalan Nelayan Tanjong Siam. POKOK berembang di persisiran sungai berhampira­n Pangkalan Nelayan Tanjong Siam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia