Harian Metro

Pendayung luah kebimbanga­n

-

Kuala Selangor: Golongan belia yang mencari rezeki sebagai pendayung kepada pelancong yang ingin melihat kelip-kelip di Kampung Kuantan dan Kampung Asahan, di sini, menaruh harapan tinggi supaya spesies berkenaan dapat dipelihara sehingga generasi akan datang.

Pendayung, Masbudi Abdul Malek, 29, berkata, dia sangat berbangga kerana dianggap duta negara ini dengan kehadiran pelancong dari pelbagai warna kulit semata-mata mahu menikmati keindahan kelip-kelip di Sungai Selangor.

Katanya, dia bimbang jika pokok berembang yang menjadi tempat persinggah­an serangga itu semakin pupus meskipun segala usaha penanaman semula giat dilakukan pelbagai pihak.

“Pada mulanya saya bimbang jika pendapatan sebagai pendayung tidak mampu menampung perbelanja­an saya sekeluarga, tetapi alhamdulil­lah selepas hampir setahun bekerja, saya yakin saya mampu, malah semuanya bergantung kepada keadaan terutamany­a pada musim cuti yang mana pendapatan saya melebihi dari jangkaan.

“Bagaimanap­un, masih ada kebimbanga­n jika saya melihat persekitar­an yang mana banyak pokok berembang yang menjadi tempat persinggah­an haiwan itu semakin lama semakin berkuranga­n, mungkin sekarang tak nampak perubahan, tetapi saya jangka dalam beberapa tahun lagi pasti akan nampak kesannya,” katanya.

Kebimbanga­n itu turut dirasai rakannya Shahrizal Abd Rahim, 29, yang mencari rezeki bersama 40 pendayung di kawasan berkenaan.

Shahrizal berkata, kehadiran pelancong semakin bertambah berbanding tahun sebelumnya namun rasa khuatir jika tiada tindakan drastik bagi memulihara pokok berembang yang masih terancam khususnya di hulu sungai.

“Kami bimbang pencemaran dari hulu sungai akan merosakkan pokok nipah dan berembang di kampung kami, tempat kami mencari nafkah, malah ia adalah warisan zaman yang harus dikekalkan sampai bila-bila.

“Saya berharap pihak tertentu mengambil berat masalah ini, semoga keindahan kelip-kelip di kampung kami dapat dikekalkan dan menjadi tarikan pelancong asing dan dalam negara,” katanya.

Dalam pada itu, Samsul Azhar Rahim, 27, berkata, masalah penggunaan enjin bot bagi sesetengah pengusaha pakej pelanconga­n di kawasan itu juga meresahkan pendayung sepertinya.

“Sebelum ini hanya dua pusat pelanconga­n di sini iaitu di Kampung Kuantan dan Bukit Belimbing tetapi kami dimaklumka­n ada syarikat swasta menggunaka­n bot besar yang menjalanka­n operasi di beberapa kawasan kelip-kelip tanpa menghirauk­an penjagaan alam sekitar malah hanya mementingk­an keuntungan saja.

“Saya bimbang syarikat pelanconga­n berkenaan mungkin tidak mematuhi peraturan dan mungkin juga tidak mementingk­an penjagaan alam sekitar dengan menggunaka­n enjin berkuasa besar yang semestinya meninggalk­an sisa minyak di kawasan perairan.

“Jika tiada langkah diambil bukan saja kelip-kelip malah hidupan lain juga akan tercemar,” katanya.

 ?? Masbudi Abdul Malek
Shahrizal Abd Rahim
Ali Tukiran ?? Pada mulanya saya bimbang jika pendapatan sebagai pendayung tidak mampu menampung perbelanja­an saya sekeluarga, tetapi alhamdulil­lah selepas hampir setahun bekerja, saya yakin saya mampu” Kami kecewa kerana kerakusan mereka meneroka tanah demi mengaut...
Masbudi Abdul Malek Shahrizal Abd Rahim Ali Tukiran Pada mulanya saya bimbang jika pendapatan sebagai pendayung tidak mampu menampung perbelanja­an saya sekeluarga, tetapi alhamdulil­lah selepas hampir setahun bekerja, saya yakin saya mampu” Kami kecewa kerana kerakusan mereka meneroka tanah demi mengaut...
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia