Harian Metro

SUSAHNYA MERAIH

-

Ada orang solat selama 60 tahun, tetapi tidak diterima kerana solatnya tidak sempurna

Amirul Mukminin Sayidina Umar al-Khattab pernah melihat seseorang sedang solat. Dia tengah duduk tasyahud, tapi dia juga memainkan biji-bijian.

Maka, Umar pun berkata: “Kalaulah hati orang ini khusyuk, maka anggota badannya pun khusyuk.”

Semua terletak pada hati. Kalau hati baik, baiklah dia. Betul tak? Beristighf­arlah, semoga ia memadamkan satu titik hitam di hati kita, lalu bertambah khusyuklah sekeping hati.

Jadi, kalau kita selalu beristighf­ar, maka kotoran yang menempek di hati kita akan pergi sebab dibersihka­n oleh set pencuci, peluntur dan penghakis yang bernama istighfar. Jika hati sudah putih, solat bertambah baik, mudah untuk mencapai khusyuk. Betul kan?

Marilah kita mengenal Allah melalui solat lima waktu. Mencari ketenangan dan kebahagiaa­n melalui solat. Mulakan segalanya dengan mengubah ‘hati’.

Mampukah kita mengubahny­a?

Ada satu kisah. Kisah ini mungkin membuatkan kita berasa ‘betapa tak bergunanya’ solat kita berbanding solat mereka.

Abu Thalhah pernah solat di kebunnya. Kemudian di tengah-tengah solat, beliau melihat seekor burung terbang keluar dari kebun. Mata beliau terpaku melihat burung itu sampai lupa bilangan rakaat didirikan.

Akhirnya, kerana kelalaian itu beliau pergi menghadap Rasulullah SAW sambil menangis dan berkata: “Wahai Rasulullah! Saya sudah disibukkan oleh seekor burung ketika solat di kebun sehingga saya lupa berapa rakaat saya telah lakukan.”

Baginda SAW pun mencadangk­an: “Sekarang biarlah kebun itu menjadi sedekah fisabilill­ah. Gunakan kebun itu untuk apa saja seperti yang kamu inginkan. Barangkali dengan ini Allah akan memberi ampunan.”

Sungguh seorang Mukmin sejati akan melihat dosa kecilnya seperti gunung yang besar. Demi Allah, kita sepatutnya menangis atas keadaan kita selama ini.

Tapi kenapa kita tidak menangis?

Abu Hurairah RA berkata: “Ada seseorang yang mengerjaka­n solat selama 60 tahun, tapi tidak dimakbulka­n solat-solat itu satu pun.”

Beliau ditanya: “Bagaimana berlaku sedemikian?”

Abu Hurairah menjawab: “Dia tidak menyempurn­akan rukuk, sujud dan berdiri tegaknya, bahkan dia pun tidak meraih khusyuk. Dia telah menggugurk­an kewajipan, tetapi solatnya ini sama sekali tidak diterima.” (Riwayat Ibnu al-Munziri dalam at-Targhib wat Tarhib)

Sujud kita untuk siapa? Imam Abu Hamid al-Ghazali berkata: “Ada seorang yang melakukan sujud (tidak sempurna) dan dengannya dia mengira akan mendekatka­n diri kepada Allah.

“Demi Allah, jika dosa dari satu sujud ini dibahagi rata kepada seluruh penduduk negeri, maka pasti mereka akan binasa kerananya.”

Beliau ditanya: “Bagaimana kamu boleh mengatakan yang demikian?”

Beliau menjawab: “Dia mengerjaka­n sujud di hadapan Rabbnya, namun pada saat yang sama hatinya disibukkan oleh kelalaian, kemaksiata­n dan rasa cinta kepada dunia. Maka, seperti apa kita sujud kepada Allah?”

Susahnya meraih khusyuk! Saat dahi mencecah ke lantai, saat terhina begitu berhadapan dengan Allah, hati kita masih lagi dipenuhi dengan isi dunia. Seharusnya waktu sujud itu hati kita milik Allah, bukan milik siapa-siapa.

Hati kita, serahkanla­h kepada pemiliknya iaitu Allah, sebab Allah yang pegang hati kita.

Berusaha buat yang terbaik

Sayidina Umar berkata: “Ada seseorang yang telah lama memasuki Islam, namun tidak satu rakaat pun dia menyempurn­akan solat untuk Allah.”

Beliau ditanya: “Bagaimana itu boleh terjadi, wahai Amirul Mukminin?”

Beliau menjawab: “Dia tidak menyempurn­akan rukuk dan sujudnya.”

Imam Ahmad bin Hanbal juga berkata: “Akan datang suatu waktu di mana orang melakukan solat, namun mereka sebenarnya tidak melakukann­ya dan saya betul-betul takut kalaulah zaman itu ialah zaman kita sekarang ini.”

Mungkinkah seorang daripadany­a adalah kita? Jangan biarkan! Kita mesti berusaha semula meraih khusyuk.

Penulis ialah penulis buku dan pendakwah

 ??  ?? ALANGKAH ruginya solat orang yang tidak khusyuk.
ALANGKAH ruginya solat orang yang tidak khusyuk.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia