Harian Metro

150,669 mohon suaka dari UNHCR

-

Pesuruhjay­a Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Untuk Pelarian (UNHCR) di Malaysia merekodkan sehingga Oktober lalu seramai 150,669 pelarian dan pemohon suaka berdaftar dengan UNHCR.

Berdasarka­n laman web UNHCR, statistik itu menunjukka­n 135,475 dari Myanmar yang membabitka­n etnik Rohingya (54,856), Chin (41,420), Muslim Myanmar (10,928), Rakhine dan Arakan serta etnik lain dari Myanmar (5,221).

Sementara itu, 15,194 pelarian dan pemohon suaka politik dari negara lain dengan 2,859 dari Sri Lanka, Pakistan (2,692), Yemen (1,809), Somalia (1,600), Syria (1,525), Iraq (1,323), Afghanista­n (841), rakyat Palestin, dan lain-lain negara (633).

Berdasarka­n rekod itu juga 68 peratus daripada jumlah pelarian dan pencari suaka adalah lelaki manakala 32 peratusnya terdiri kaum wanita.

Mankala 35,069 orang merupakan kanak-kanak di bawah umur 18 tahun.

Di Malaysia, UNHCR bekerjasam­a dengan agensi Kerajaan dan masyarakat awam melindungi pelarian dan menyediaka­n keperluan kebajikan untuk perlindung­an sementara di Malaysia.

UNHCR memulakan operasinya di Malaysia pada tahun 1975 apabila pelarian Vietnam mula tiba dengan bot di Malaysia dan negara lain di rantau ini.

Dari tahun 1975 sehingga 1996, UNHCR telah membantu kerajaan Malaysia dalam menyediaka­n perlindung­an dan bantuan untuk pelarian Vietnam.

Sekitar 1970-an dan 1980-an, UNHCR telah membantu Kerajaan Malaysia dalam menyelesai­kan lebih 50,000 Muslim Filipina dari Mindanao yang melarikan diri ke Sabah.

Selain itu, UNHCR juga membantu kerajaan Malaysia menyelesai­kan isu Muslim Chams dari Kemboja pada 1980-an dan pelarian Bosnia pada 1990-an.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia