Harian Metro

TRAK ISI PERUT

-

„ TAPAKU rban

Street Dining d iteng ah-teng ahibu ko ta sajipelbag ai sajian k epad a

warg a k o ta

setiap makanan dijual.

“Walaupun terletak di tengah bandar, harga makanan di sini sangat berpatutan seperti restoran yang ada di sekitarnya dan setiap kali ke berkunjung saya tidak akan melepaskan peluang untuk membeli minuman mango blend.

“Kewujudan TAPAK sememangny­a menghidupk­an lagi kemeriahan suasana malam dan warga kota wajar ke sini untuk merasai suasana malam yang berbeza daripada tempat makan lain,” katanya.

Menurutnya, walaupun tempat itu kelihatan seperti lokasi melepak golongan muda, tetapi ada juga keluarga yang meluangkan waktu malam bersama keluarga dan pelancong asing.

Pekerja swasta, Mohd Khairul Samsudin, 33, berkata, ini kunjungan kali pertama kerana tertarik melihat kemeriahan suasana trak makanan ketika melalui Jalan Ampang menuju ke Menara Berkembar KLCC. “Selepas selesai urusan di KLCC saya dan keluarga singgah di TAPAK ini dan ternyata keadaan sangat berbeza yang mana terdapat gaya urban di sini.

“Sebaik sampai, sambil memerhatik­an anak bermain sekitar tempat makan, saya turut memerhatik­an sistem layan diri yang diamalkan pengunjung dan keseluruha­nnya boleh menjaga kebersihan.

“Ini kerana setiap sudut disediakan tong sampah, jadi secara tidak langsung setiap pengunjung akan membuang bekas makanan mereka sebelum meninggalk­an meja makan,”katanya.

Peniaga, Haziqqah Begum, 26, berkata, dia memulakan perniagaan di TAPAK sejak awal pembukaann­ya iaitu sekitar Mei lalu.

“Kami sebagai peniaga melihat tempat ini adalah lokasi strategik kerana masyarakat sekitar boleh datang ke sini dengan menaiki kemudahan awam manakala bagi yang berkereta terdapat kawasan parkir disediakan.

“Kami berharap orang ramai akan menjadikan lokasi ini sebagai tempat lepak dan menghabisk­an masa bersama keluarga serta rakan,”katanya.

 ?? MUHD ASYRAF SAWAL ?? PENGUNJUNG mendapatka­n h idangan disediakan di TAPAK Urban Street Dinning.
MUHD ASYRAF SAWAL PENGUNJUNG mendapatka­n h idangan disediakan di TAPAK Urban Street Dinning.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia