Harian Metro

DOSA ENAM JAHANAM

- Zatul Iffah Zolkiply zatuliffah@hmetro.com.my

Seorang remaja perempuan hidup dalam ketakutan selepas mendakwa dirogol enam lelaki tidak dikenali sejak September lalu dalam dua kejadian berasingan di Kuala Nerus.

Tragedi hitam menimpa mangsa berusia 14 tahun itu bermula ketika dia bersama rakan perempuan berada di Stadium Sultan Mizan Gong Badak, Kuala Nerus, jam 1 pagi awal September lalu

Menurut sumber, mangsa dan rakannya dihampiri dua lelaki tidak dikenali yang mengajak mereka bersembang di sebuah rumah di kawasan Seberang Takir yang berjanji tidak melakukan apa-apa.

“Mangsa mulanya enggan menerima ajakan dua lelaki itu sebelum bersetuju selepas rakannya meninggalk­annya keseoranga­n di tempat berkenaan kerana keluar bersama rakan lain.

“Sebaik tiba di rumah dimaksudka­n, seorang lelaki tidak dikenali datang sebelum ketiga-tiga mereka merogol mangsa bergilir-gilir sebelum seorang suspek menghantar mangsa pulang ke rumah jam 4 pagi,” katanya.

Sumber itu berkata, kejadian sama berulang apabila mangsa mendakwa dirogol tiga lelaki lain dengan seorang daripada mereka yang dikenali di sebuah rumah rehat di Kuala Nerus jam 1 pagi, 10 September lalu.

Menurutnya, kejadian dipercayai berlaku apabila mangsa bersetuju mengikut seorang suspek menemaniny­a dengan rakan yang menyewa rumah rehat itu.

“Sebaik tiba, mangsa menyedari rakan dimaksudka­n suspek tiada di rumah itu sebelum mangsa sekali lagi dirogol. Tidak lama kemudian, dua lagi lelaki datang dan turut merogol mangsa.

“Mangsa menghubung­i rakan abangnya meminta bantuan sebelum dihantar pulang ke rumah.

“Mangsa mulanya mahu merahsiaka­n kejadian, tetapi membuat laporan polis apabila dua daripada enam suspek merogolnya sebelum itu mengajakny­a berjumpa jam 9 malam, 2 Disember lalu,” katanya.

Sementara itu, Penolong Pendaftar Mahkamah Rendah Wan Aziantie Wan Ab. Karim @ Isa membenarka­n dua suspek masing-masing berusia 15 dan 20 tahun direman hingga 14 Disember bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 375(B) Kanun Keseksaan.

„ Remaja 14 tahun dinoda selepas diajak bersembang dalam dua kejadian berasingan

 ??  ?? DUA suspek diiringi polis direman sehingga 14 Disember.
DUA suspek diiringi polis direman sehingga 14 Disember.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia