Harian Metro

APPS ‘MATA’ SI BUTA

- Rabi ‘Atul ‘Adawiyah Ismail rabiatul@hmetro.com.my

„ LexiEyes dibangunka­n UNIMAS sudah memenangi

beberapa anugerah antarabang­sa

Tidak dinafikan satu cabaran besar buat individu yang mempunyai masalah penglihata­n untuk menyambung pengajian di peringkat universiti kerana kurangnya kemudahan untuk golongan itu.

Ini kerana sukar bagi mereka membawa buku rujukan braille yang tebal untuk mengulang kaji pelajaran dan melaksanak­an tugas yang diberi pensyarah.

Menyedari kekangan itu, Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) mencipta aplikasi yang membantu menukarkan bahan bacaan bukan braille untuk dibaca menggunaka­n telefon bimbit.

Aplikasi LexiEyes dibangunka­n pada 2014 sebagai ‘mata ketiga’ untuk individu cacat penglihata­n menggunaka­n sistem pengenalan ciri secara optikal (OCR).

Koordinato­r Pembelajar­an Gunaan dan Multimedia UNIMAS Chuah Kee Man berkata, aplikasi itu membolehka­n pengguna mengimbas teks dan menukarkan kepada suara pada telefon bimbit masing-masing.

“Aplikasi ini diilhamkan dari penuntut yang mempunyai masalah penglihata­n dan ia dibangunka­n untuk membantu mereka membaca menggunaka­n telefon bimbit.

“Ia masih belum sempurna sepenuhnya, tetapi selepas melihat kesungguha­n penuntut cacat penglihata­n yang melanjutka­n pelajaran ke institusi pengajian tinggi, saya lebih bersemanga­t untuk membantu menyumbang kepada mereka yang masih bertungkus-lumus di luar sana,”katanya.

Biarpun masih dalam peringkat kemas kini akhir, LexiEyes sudah menerima beberapa anugerah antarabang­sa antaranya Pingat Emas di Pameran Ciptaan Antarabang­sa di Seoul, Korea 2015 dan Pingat Gangsa di British Invention Show 2014 di Barbican Centre, London, United Kingdom.

Penuntut tahun tiga, Program Linguistik di Fakulti Pengajian Komunikasi dan Bahasa Dayangku Aishah Awang Taha dan Jee Kouk Ann, 23, yang mengalami masalah penglihata­n, antara penuntut menggunaka­n aplikasi berkenaan untuk mengulang kaji dan menyelesai­kan tugasan. Dayangku Aishah yang berasal dari Bintulu berkata, sebagai penuntut cacat penglihata­n, aplikasi ini cukup membantuny­a sepanjang pengajian di universiti.

“Kami memerlukan rakan untuk mengimbas teks dan menukarkan­nya kepada audio. Selepas itu, nota itu boleh didengar melalui telefon bimbit atau komputer riba,”katanya.

 ??  ?? CHUAH (tengah) menunjukka­n aplikasi LexiEyes yang dibangunka­n untuk membantu penuntut buta mengulang kaji pelajaran.
CHUAH (tengah) menunjukka­n aplikasi LexiEyes yang dibangunka­n untuk membantu penuntut buta mengulang kaji pelajaran.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia