Harian Metro

TIDUR LOKAP

- Shamsul Munir Safini shamsulmun­ir@hmetro.com.my

„ Lelaki baring bawah kereta halang

kenderaan ditunda ditahan polis

Akibat bersikap kurang ajar serta bertindak nekad dengan baring di bawah kereta bagi mengelak kenderaan ditunda pihak berkuasa, seorang lelaki terpaksa bermalam di lokap selepas dia ditahan polis kerana menghalang tugas penjawat awam di Jalan Dandy, di sini, petang kelmarin.

Dalam kejadian jam 2.40 petang itu, lelaki berkenaan baring di bawah kereta milik anaknya apabila kenderaan itu ingin ditunda penguat kuasa Majlis Perbandara­n Seberang Perai (MPSP) kerana ia diparkir di dalam petak parkir motosikal.

Difahamkan, lelaki berkenaan yang juga pemilik sebuah restoran berdekatan bertindak sedemikian bagi menghalang tugas penguat kuasa MPSP daripada menunda kereta Mercedes itu.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid berkata, sebelum kejadian pada jam 11.30 pagi, empat anggota penguat kuasa MPSP sedang menjalanka­n tugas mengunci tayar di kawasan berkenaan sebelum mendapati kereta milik anak lelaki berkenaan diletakkan di petak parkir motosikal.

“Selepas satu jam, anggota MPSP datang semula ke lokasi berkenaan bagi mencari pemilik kenderaan itu sebelum lelaki berkenaan keluar dari kedai dalam keadaan marah dan berkeras tidak mahu membayar kompaun untuk membuka kunci tayar,” katanya.

Nik Ros Azhan berkata, penguat kuasa MPSP memberitah­u lelaki berkenaan bahawa kereta itu akan ditunda ke MPSP Jalan Betik sekiranya dia enggan membayar kompaun.

Menurutnya, pada jam 2.40 petang ketika kereta itu ditunda pihak MPSP, lelaki berkenaan bertindak masuk ke bawah kereta untuk menghalang pihak berkuasa menjalanka­n tugas.

“Penguat kuasa MPSP dan dibantu oleh polis bantuan memujuk lelaki berkenaan, namun gagal sebelum dia terpaksa ditarik keluar dari bawah kereta,” katanya.

 ??  ??
 ??  ?? GELAGAT lelaki yang menghalang tugas penjawat awam.
GELAGAT lelaki yang menghalang tugas penjawat awam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia