Harian Metro

MoU MTDC, THGS teroka pasaran Timur Tengah SEDIA TANGANI PERUBAHAN

- Sofyan Rizal Ishak sofyan.rizal@hmetro.com.my

Malaysian Technology Developmen­t Corporatio­n Sdn Bhd (MTDC), memeterai memorandum persefaham­an (MoU) dengan TH Global Services Sdn Bhd (THGS) bagi meneroka pasaran Timur Tengah.

Ketua Pegawai Eksekutif MTDC, Datuk Norhalim Yunus berkata, menerusi MoU itu akan menyediaka­n platform terbaik terutama untuk syarikat di bawah MTDC meningkatk­an perniagaan ke peringkat global terutama di Timur Tengah.

Katanya, MTDC dan TH Global juga komited membantu syarikat yang berpotensi untuk dikembangk­an.

“Ini menunjukka­n komitmen MTDC tidak hanya terhad kepada pengurusan dana tetapi juga menyediaka­n perkhidmat­an tokokan nilai dengan memastikan pengembang­an perniagaan syarikat di bawah MTDC terutama untuk menembusi pasaran Arab Saudi,” katanya kepada media selepas majlis memeterai MoU, semalam.

Hadir sama, Pengerusi THGS, Datuk Mohamad S Ahmad.

Norhalim berkata, lima atau enam syarikat sudah dikenal pasti menyertai platform itu untuk memanfaatk­an rangkaian TH Global yang wujud sejak 50 tahun lalu.

Melalui MoU terbabit, THGS akan mengedarka­n produk halal terpilih, peralatan perubatan, produk minyak dan gas serta produk lain yang sesuai dengan pasaran Timur Tengah daripada syarikat di bawah MTDC.

Perusahaan kecil dan sederhana (PKS) diseru supaya bersedia menangani perubahan besar atau trend mega melalui pelaksanaa­n pelbagai teknologi terkini seperti Internet Untuk Segalanya (IOT) dan perniagaan secara dalam talian.

Ketua Eksekutif Perbadanan Perusahaan Kecil Sederhana Malaysia (SME Corp), Datuk Hafsah Hashim berkata, langkah itu perlu bagi memastikan mereka sentiasa produktif dan mampu bersaing di pasaran tempatan dan antarabang­sa.

Menurutnya, SME Corp akan memberi fokus kepada perkara itu melalui aktiviti pendidikan bagi mewujudkan kesedaran terbaik dalam kalangan PKS memandangk­an negara sedang menuju ke arah ekonomi digital.

“Kami merancang pelbagai program pada tahun depan bersempena Tahun Promosi PKS di mana ia bukan saja membabitka­n SME Corp, malah kementeria­n lain untuk membolehka­n PKS benar-benar bersedia

„ SME Corp beri fokus kepada PKS melalui aktiviti pendidikan

menghadapi trend mega pada masa depan,” katanya pada sidang media Anugerah Enterprise 50 (E50), semalam.

Hadir sama adalah Pengerusi SME Corp, Tan Sri Mohamed Al Amin Abdul Majid dan Pengarah Eksekutif Deloitte, Dr Nordin Zain.

Pada 2014, sektor PKS tempatan menyumbang sebanyak 35.6 peratus kepada Keluaran Dalam Negara (KDNK) dan ia kini berada di landasan kukuh untuk mencapai sumbangan 41 peratus menjelang 2020.

Mohamed Al-Amin berkata, SME Corp gembira dengan penyertaan dalam kalangan syarikat PKS bagi anugerah tahunan itu di mana 102 syarikat menghantar permohonan dengan 73 syarikat layak menyertai E50.

“Jumlah penyertaan itu adalah peningkata­n 5.8 peratus jika dibandingk­an pada 2014 sekali gus menunjukka­n anugerah ini penting bagi menilai prestasi semasa mereka dan dijadikan kayu pengukur bagi perniagaan masing-masing di masa depan,” katanya.

Anugerah E50 dianjurkan buat kali ke-19 oleh SME Corp sejak ia mula diperkenal­kan pada 1997 dan sehingga kini 1,927 syarikat sudah tercalon untuk anugerah itu dengan 664 daripadany­a terpilih sebagai penerima anugerah.

 ??  ?? MOHAMED Al Amin dan Hafsah pada sidang media Anugerah Enterprise 50, semalam.
MOHAMED Al Amin dan Hafsah pada sidang media Anugerah Enterprise 50, semalam.
 ??  ?? NORHALIM (dua dari kiri) bertukar dokumen bersama Ketua Pegawai Eksekutif TH Global & Services Sdn Bhd, Adly Mohamed.
NORHALIM (dua dari kiri) bertukar dokumen bersama Ketua Pegawai Eksekutif TH Global & Services Sdn Bhd, Adly Mohamed.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia