Harian Metro

DUA PROJEK HABIS DITEMPAH

- Sri Ayu Kartika Amri kartika@hmetro.com.my

„ Aset Kayamas bangun projek rumah Rumawip buka permohonan Residensi Jalil Mas dalam tempoh terdekat

Aset Kayamas Sdn Bhd, pemaju yang membangunk­an projek Rumah Mampu Milik Wilayah Persekutua­n (Rumawip), memperuntu­kkan nilai pembanguna­n kasar (GDV) RM390 juta bagi membangunk­an tiga projek Rumawip.

Pengasas dan Pengerusi Aset Kayamas Group berkata, Tan Sri Chai Kin Kong berkata, tiga projek di bawah Aset Kayamas iaitu Residensi Desamas, Residensi WangsaMas dan Residensi Jalil Mas menerima sambutan luar biasa daripada masyarakat.

Katanya, semua unit Residensi Desamas dan Residensi WangsaMas habis ditempah menerusi permohonan dibuat daripada Rumawip.

“Bagi projek Residensi Jalil Mas kami membuka permohonan dalam tempoh terdekat dan 1,050 unit ditawarkan kepada orang ramai.

“Manakala, Residensi Desamas 323 unit ditawarkan dengan harga RM300,000 dan Residensi WangsaMas pula 441 unit pada harga RM198,000,” katanya kepada Bisnes Metro di majlis pelancaran dan sesi pengundian Rumawip, di sini.

Menurutnya, buat masa ini Aset Kayamas memfokus pembinaan rumah mampu milik di sekitar Lembah Klang.

Beliau berkata, pihaknya juga bekerjasam­a dengan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dalam usaha memastikan lebih ramai rakyat dapat memiliki kediaman pertama.

Chai berkata, selain perlu mendaftar menerusi portal Rumawip, mereka yang berminat dengan projek rumah mampu milik di bawah Aset Kayamas, boleh menghantar borang terus kepada syarikat.

“Setiap minggu, kami keluarkan senarai undian dan mereka yang berjaya akan kami hubungi. Mereka yang berjaya perlu membuat permohonan pembiayaan perumahan.

“Jika pengundi tidak lulus dalam permohonan pembiayaan rumah, kami tawarkan unit terbabit kepada pemohon lain dan tiada sebarang penalti dikenakan kepada mereka,” katanya. PETRONAS mengesahka­n syarikat itu memperoleh projek laut dalam Blok 4 dan Blok 5 di Lembangan Salina Teluk Mexico, susulan lelongan pertama oleh Mexico ke atas kawasan eksplorasi laut dalamnya.

PETRONAS dalam kenyataan berkata, Blok 4 diluluskan secara usaha sama dengan perkongsia­n 50 peratus antara PC Carigali Mexico Operations, SA de CV (PETRONAS Mexico), anak syarikat milik penuh Petronas dan Sierra Oil & Gas S de RL de CV.

Ia berkata, PETRONAS Mexico akan menjadi operator Blok 4 iaitu kawasan seluas 2,600 kilometer persegi, dengan kedalaman air antara 800 meter dan 1,600 meter.

 ??  ?? MENTERI Wilayah Persekutua­n Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor (kanan) dan Chai (dua dari kanan) melihat replika rumah pada Majlis Pelancaran dan Pengundian Unit RUMAWIP.
MENTERI Wilayah Persekutua­n Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor (kanan) dan Chai (dua dari kanan) melihat replika rumah pada Majlis Pelancaran dan Pengundian Unit RUMAWIP.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia