Harian Metro

KEJAMNYA AYAH

- Agensi

„ Bapa jolok tekak anak dengan jari hingga maut

Seorang bapa didapati bersalah membunuh anak lelakinya sendiri selepas dia dipercayai menjolok tekak mangsa yang baru berusia tujuh bulan itu hingga mati.

Kane Kennedy, 20, juga didapati sering mendera anaknya termasuk mencampak mangsa selain memukul dan memulas buah zakar budak malang berkenaan.

Kennedy didapati bersalah oleh Mahkamah Diraja Preston atas tuduhan membunuh anaknya, Oskar Jobey-Kennedy antara 30 September dan 1 Oktober tahun lalu.

Lelaki itu yang dikenali sebagai penagih ganja berdepan hukuman penjara seumur hidup apabila hakim dijangka menjatuhka­n hukuman pada minggu depan.

Isterinya, Tia Jobey, 19, dihukum penjara 30 bulan pada minggu lalu selepas mengaku salah membiarkan anaknya dibunuh.

Dalam kejadian pagi 1 Oktober lalu, Kennedy menghubung­i talian kecemasan bagi memberitah­u dia tertidur di atas anaknya sehingga menyebabka­n mangsa tidak sedarkan diri.

Pasukan paramedik yang tiba di kediaman pasangan itu di Heysham, Lancashire mendapati Oskar sudah tidak bernyawa.

Bedah siasat kemudianny­a mendapati kanak-kanak itu meninggal dunia akibat kekurangan oksigen.

Polis yang mengesyaki kanak-kanak itu didera kemudian menahan pasangan berkenaan.

Ketika disoal siasat Tia mendedahka­n Kennedy yang sedang khayal memasukkan jarinya ke dalam mulut Oskar bagi menghentik­an tangisan mangsa.

Katanya, tindakan itu menyebabka­n Oskar pengsan akibat tidak dapat bernafas dan Kennedy mereka cerita dia tertidur di atas anaknya bagi menipu pihak berkuasa.

Tambah Tia, Kennedy sering bertindak ganas sekiranya tidak dapat menghisap ganja dan dia pernah mencampak Oskar serta memicit dan memulas buah zakar mangsa.

 ??  ?? OSKAR
OSKAR
 ??  ??
 ??  ?? KENNEDY
KENNEDY

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia