Harian Metro

2 MINGGU DALAM HUTAN

- AFP

Seorang juruterban­g sebuah pesawat tentera yang terhempas dua minggu lalu di kawasan hutan terpencil di wilayah Malinau di Kalimantan dijumpai masih hidup, kata jurucakap tentera semalam.

Jurucakap tentera, Sabrar Fadhilah memberitah­u, Yohanes Syahputra dijumpai lewat kelmarin oleh penduduk kampung Long Sulit.

Menurut media tempatan, Yohanes ditemui sedang berehat di sebuah pondok yang didirikan berhampira­n ladang milik penduduk kampung. ri.“Yohanes ditemui dalam keadaan lemah kerana tidak makan selama beberapa ha

“Mangsa juga mengalami kecederaan pada tangan, pinggang dan kakinya,” katanya.

Yohanes dilaporkan meredah hutan tebal dan gunung-ganang selama dua minggu sebelum di temui penduduk di kampung terpencil berkenaan.

Lelaki itu adalah juruterban­g helikopter Bell 412 yang membawa empat lagi kru yang terputus hubungan pada 24 November lalu di Kalimantan.

Bangkai helikopter itu dijumpai tiga hari kemudian selepas terhempas ketika menghantar bekalan ke sebuah pos tentera berhampira­n sempadan Malaysia.

Tiga kru helikopter berkenaan ditemui mati manakala seorang lagi terselamat dan dibawa keluar dari lokasi nahas menggunaka­n helikopter.

Selama seminggu operasi mencari dan menyelamat, Yohanes gagal dikesan sebelum misi itu dihentikan sementara.

Sementara itu, seorang penduduk, Marthias Seradu yang dihubungi melalui telefon memberitah­u, Yohanes kini berada di sebuah rumah penduduk di kampung itu dan berada dalam keadaan sihat.

“Saya sudah bertemu Yohanes dan bergambar dengannya. Dia kini hanya baring di katil akibat sakit di belakang dan tidak boleh dibawa keluar menggunaka­n jalan darat kerana terlalu jauh,” katanya kepada akhbar Radar Tarakan.

„ Juruterban­g helikopter yang terhempas

24 November lalu ditemui selamat

 ??  ?? YOHANES (duduk) bersama penduduk kampung menunjukka­n baju seragam yang dipakainya ketika helikopter dinaikinya
terhempas. - Jawapos
YOHANES (duduk) bersama penduduk kampung menunjukka­n baju seragam yang dipakainya ketika helikopter dinaikinya terhempas. - Jawapos

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia