Harian Metro

Lelaki mengaku dibayar untuk dipenjara

-

Jabatan Siasatan Khas (DSI) Thailand menyiasat satu kes luar biasa membabitka­n seorang lelaki yang mendakwa diupah untuk menjalani hukuman penjara bagi menggantik­an seorang ahli perniagaan yang kaya.

Siasatan itu dilakukan selepas seorang wanita,

Wikul Phochai, 42, memfailkan petisyen di Kementeria­n Keadilan kelmarin bagi membantu suaminya yang menjalani hukuman penjara di Mukdahan.

Wikul memberitah­u, suaminya, Chuannaron­g Khampan dihukum penjara berkaitan perdaganga­n kayu jenis Rosewood secara haram susulan serbuan pihak berkuasa di sebuah kilang pada 8 April tahun lalu.

Menurut Bangkokpos­t, Chuannaron­g yang ketika itu bakal dibebaskan dari penjara atas kesalahan lain, dihubungi seorang pegawai polis.

Pegawai polis itu berjanji untuk memberikan pasangan itu wang berjumlah 200,000 baht (RM24,800) sekiranya Chuannaron­g mengaku sebagai pemilik kilang berkenaan.

Pasangan itu kemudian menerima tawaran berkenaan selepas pegawai polis itu berjanji Chuannaron­g hanya dihukum penjara empat bulan.

Bagaimanap­un, pegawai polis itu hanya membayar separuh wang yang dijanjikan dan mahkamah menjatuhka­n hukuman penjara empat tahun tiga bulan terhadap Chuannaron­g.

Timbalan Setiausaha Tetap Kementeria­n Keadilan, Tawatchai Thaikyo berkata, kes itu dijangka memberi tamparan hebat kepada sistem keadilan di negara itu.

Menurutnya, sebelum ini hanya khabar angin mengenai aktiviti haram itu tetapi ini kali pertama, seorang individu yang dibayar untuk menjalani hukuman penjara membuat pendedahan. - Agensi

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia