Harian Metro

KES 38 TAHUN

- AFP

„ Warga emas dituduh bunuh pasangan kekasih pada 1978

Seorang lelaki berusia 75 tahun didakwa membunuh sepasang kekasih dari Britain pada 1978 ketika mereka menumpang botnya dalam percutian di Laut Carribbean.

Silas Duane Boston didakwa memukul dan mengikat Christophe­r Farmer serta teman wanitanya, Peta Frampton, dengan meletakkan pemberat serta menutup kepala mereka menggunaka­n beg plastik sebelum menolak mangsa hidup-hidup ke dalam laut dalam keadaan marah.

Pembunuhan berkenaan berlaku antara Jun dan Julai 1978, manakala mayat kedua-dua mangsa ditemui terapung di kawasan laut berhampira­n Guatemala sekitar 8 Julai tahun itu.

Siasatan kes itu bagaimanap­un menemui jalan buntu walaupun Boston beberapa kali disoal siasat penyiasat mengenai kehilangan mangsa.

Kes yang layak dijadikan sebagai novel atau filem seram itu dibuka semula susulan siasatan baru berhubung kehilangan isteri Boston, Mary Lou pada 1968. Boston turut didakwa membunuh isterinya itu.

Boston ditangkap minggu lalu di sebuah rumah penjagaan orang tua di bandar Paradise, utara California dan dibawa ke mahkamah semalam menggunaka­n kerusi roda.

Farmer dan Peta yang berasal dari Manchester, England adalah graduan universiti dan berusia 20-an ketika kejadian. Mereka memutuskan berehat setahun untuk bercuti bersama. Pasangan itu bercuti di Australia sebelum ke Amerika Syarikat dan kerap berhubung rapat dengan keluarga termasuk memaklumka­n mengenai Boston yang ditemui di Belize.

Peta dalam suratnya bertarikh 29 Jun 1978 berkata, dia tidak selesa di atas bot itu kerana dua anak lelaki Boston - Russell dan Vince - yang turut ada bersama kerap bertengkar, manakala lelaki itu juga disifatkan baran.

Vince yang ketika kejadian berusia 13 tahun memberitah­u penyiasat dia melihat bapanya memukul Farmer menggunaka­n kayu selain melihatnya mengikat dan mencampakk­an mangsa ke laut.

Dua beradik itu bagaimanap­un selama ini tidak berani bersuara kerana takut dibelasah ayah mereka.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia