Harian Metro

ISI MASA RIADAH

- Attirmidzi­e Rahman sukan@hmetro.com.my

Seramai 30 warga emas menjadikan petanque sebagai sukan pilihan untuk kegiatan riadah setiap petang di Gelanggang Petanque Kampung Kubang Bemban, di sini.

Sukan itu menjadi pilihan warga emas di kampung berkenaan yang bernaung di bawah Kelab Petanque Kubang Bemban, ditubuhkan sejak 15 Mac 2003.

Pengasas kelab Che Hashim Mustafa, 63, berkata, penduduk berusia antara 60 hingga 70 tahun akan berkumpul di gelanggang untuk bermain dan menyertai pertanding­an petanque dan aksi mereka menjadi tarikan golongan muda yang menyaksika­n kemahiran warga emas dalam sukan berkenaan.

Katanya, petanque dapat mencergask­an badan yang memerlukan kesabaran dan tumpuan selain sesuai dimainkan pelbagai golongan.

“Sukan itu diperkenal­kan di kampung ini sejak 13 tahun lalu ketika saya masih bekerja di Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA) sebagai juruteknik dan mengendali­kan aktiviti sukan dalam pertubuhan pertanian itu,” katanya.

Beliau berkata, pada asalnya di kampung itu terdapat tapak bekas gelanggang sepak takraw dan dengan kerjasama rakan, Zahid Mahmud, 61, mereka mengubahsu­ai tapak berkenaan untuk dijadikan gelanggang petanque.

“Setiap kali pertanding­an

„ 30 warga emas pilih petanque sebagai aktiviti sukan

diadakan, ramai penduduk kampung datang dan mereka menunjukka­n minat untuk mempelajar­i permainan terbabit. Saya yang mempunyai pengalaman dalam sukan ini secara sukarela mengajar mereka sehingga sekarang.

“Pada setiap petang terutama hujung minggu, perlawanan petanque diadakan di kampung ini dan kira-kira 150 penduduk datang untuk melihat perlawanan yang dibarisi pemain warga emas,” katanya.

 ?? FOTO: ?? PEMAIN Kelab Petanque Kubang Bemban menunjukka­n peralatan digunakan mereka.
FOTO: PEMAIN Kelab Petanque Kubang Bemban menunjukka­n peralatan digunakan mereka.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia