Harian Metro

AZLAN LINCAH DI DAPUR

- Saiful Affendy Sapran saifulaffe­ndy@hmetro.com.my

„ Pemilik kedai makan Santai Brooo akui hilang tekanan

jika bantu pekerja melayan kerenah pelanggan

Melihat aksi agresif Azlan Shah Kamaruzama­n di litar, pasti tiada siapa menyangka pelumba berpengala­man negara itu mempunyai sisi lain cukup berbeza dalam kehidupann­ya.

Bekas pelumba Moto2 di Kejuaraan Motosikal Dunia (MotoGP) itu bukan saja hebat di litar, tetapi juga lincah memasak di dapur yang sekali gus menjadi pendorong semangat kepadanya untuk membuka gerai makanan.

Terletak di Gombak, Selangor, gerai makanan milik Azlan yang diberi nama Santai Brooo itu sudah beroperasi kira-kira enam bulan dan sambutan diterima sangat menggalakk­an.

“Sebenarnya saya memang sudah lama menyimpan hasrat untuk berniaga.

“Semangat untuk membuka kedai makanan ini didorong rakan yang terlebih dulu menceburi perniagaan ini.

“Bermula dari situ, saya mula fikir beberapa perkara seperti konsep kedai serta jenis menu yang hendak dijual,” katanya memulakan cerita.

Jelas Azlan, sebelum satu-satunya menu makanan atau minuman itu dijual di kedainya, dia serta isterinya Nabila Naseem Akhtar akan melakukan ‘uji kaji’ di rumah terlebih dulu.

“Contohnya seperti menu utama iaitu ayam penyet, saya dan isteri cuba berkali-kali di rumah sebelum yakin rasanya benar-benar sedap.

“Begitu juga dengan menu makanan lain. Bagi saya, kami perlu memastikan setiap menu yang dihidangka­n memberi kepuasan kepada pelanggan,” katanya.

Tidak seperti gerai makanan biasa, Santai Brooo mempunyai konsep berbeza dengan tujuan utama untuk memberi keselesaan kepada pelanggan.

“Kami sediakan beberapa permainan kepada pelanggan. Bermakna selain hadir untuk makan, mereka juga boleh melakukan aktiviti santai,” katanya yang kini beraksi di Kejuaraan Motosikal Asia (ARRC) bersama pasukan BikeART Racing Kawasaki.

Jelas Azlan, meskipun dia mempunyai beberapa kakitangan untuk melancarka­n operasi gerai makanannya itu, namun kadang-kala dia juga turun ‘beraksi’ di dapur.

“Ada jugalah ke dapur, tapi tidak terlalu kerap. Kadang-kadang saya penuhi permintaan pelanggan yang mahu saya sendiri memasak menu kegemaran mereka.

“Jenis pelanggan berbeza. Ada daripada kumpulan pelajar kerana gerai saya berhampira­n dengan UIA (Universiti Islam Antarabang­sa). Ada juga peminat yang hadir semata-mata hendak bertemu saya,” katanya.

Baginya, dengan membuka gerai makanan, dapat melupakan seketika karier hakikinya selaku pelumba.

“Sebagai pelumba profesiona­l, sudah tentu tekanan itu sentiasa ada.

“Tapi rasa tekanan itu dapat dikurangka­n apabila saya hadir di kedai membantu pekerja melayan pelanggan.

“Pendek kata, bila berada di sini, saya boleh lupakan seketika segala perkara di litar.

“Lagipun berniaga sememangny­a menyeronok­kan jika kita benar-benar minat.

“Saya harap dapat bertahan lama kerana saya melihat masa depan yang cerah daripada perniagaan ini,” katanya.

 ?? FOTO: AMIRUDIN SAHIB
Azlan Shah Kamaruzama­n ?? AZLAN menyediaka­n masakan yang dipesan pelanggan. AZLAN (berdiri) melayan pelanggan di kedainya. Ada jugalah ke dapur, tapi tidak terlalu kerap. Kadang-kadang saya penuhi permintaan pelanggan yang mahu saya sendiri memasak menu kegemaran mereka”
FOTO: AMIRUDIN SAHIB Azlan Shah Kamaruzama­n AZLAN menyediaka­n masakan yang dipesan pelanggan. AZLAN (berdiri) melayan pelanggan di kedainya. Ada jugalah ke dapur, tapi tidak terlalu kerap. Kadang-kadang saya penuhi permintaan pelanggan yang mahu saya sendiri memasak menu kegemaran mereka”
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia