Harian Metro

BIMBANG HILANG SENGAT

- AFP

lexis Sanchez dan MeLondonsu­t

Ozil akan mengetuai serangan Arsenal ke atas Stoke City malam ini ketika perbincang­an mengenai kontrak mereka terus mendominas­i agenda luar padang kelab berkenaan.

Kedua-dua pemain penting itu akan tamat kontrak pada 2018 sekali gus mencetuska­n kebimbanga­n mereka akan meninggalk­an kelab berkenaan.

Arsene Wenger berjanji kedua-dua mereka tidak akan dijual sebelum tamat kontrak, namun enggan memberi sebarang jaminan kepada peminat terhadap masa depan mereka di Stadium Emirates.

“Mereka mempunyai baki 18 bulan dalam kontrak mereka dan komited untuk memberikan terbaik sepanjang berada di sini,” kata jurulatih Perancis itu yang pasukannya ketinggala­n tiga mata kepada Chelsea sebagai pendahulu Liga Perdana Inggeris ketika ini.

“Selain itu, kami akan cuba melanjutka­n kontrak mereka tapi saya tidak boleh menjadikan­nya bahan perbincang­an dalam setiap sidang media kerana sesuatu yang normal dalam setiap pembaharua­n kontrak apabila anda melakukan rundingan semula.

“Lebih kurang anda bercakap mengenainy­a, lebih bagus.”

Sanchez, 27, dan Ozil, 28, masing-masing mempamerka­n aksi membanggak­an kebelakang­an ini ketika Arsenal mendaki ke tangga kedua liga dan menempah tiket 16 pasukan

Aterakhir Liga Juara-Juara sebagai juara kumpulan.

“Pemain ini mempunyai baki kontrak 18 bulan. Mereka akan berada di sini selama 18 bulan dan harapnya kekal lebih lama.

“Mereka amat penting buat pasukan. Anda boleh bercakap apa saja tapi yang penting adalah apa yang mereka lakukan di padang.

“Mereka memberi komitmen penuh. Kualiti pertama pemain profesiona­l adalah memberikan 100 peratus. Itu yang berlaku sekarang dan itu yang diperlukan untuk menjadi pemain profesiona­l.

Perlawanan di antara Arsenal dan Stoke dianggap pertemuan ganas sejak kapten Potters Ryan Shawcross mematahkan kaki Aaron Ramsey pada 2010.

Wenger dilihat mengecewak­an rakan sejawatann­ya Mark Hughes apabila menganggap keputusan seri tanpa jaringan pada Januari adalah ‘pertarunga­n gaya lama Stoke’.

„ Wenger harap Ozil, Sanchez

terus kekal perkasa Arsenal

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia