Harian Metro

Nolito selesa cara Guardiola

-

Leicester: Penyerang Manchester City Nolito mengakui gembira dengan polisi penggilira­n pemain diamalkan Pep Guardiola ketika bertekad kembali beraksi untuk menentang Leicester City. Skuad Guardiola berdepan juara bertahan itu di Stadium King Power dan pengurus City berkenaan terpaksa merombak kesebelasa­n utamanya. Penyerang Argentina Sergio Aguero yang dilayangka­n kad merah kerana mengasari pemain Chelsea David Luiz pada perlawanan terakhirny­a terlepas empat perlawanan akibat penggantun­gan.

Nolito tidak sabar untuk beraksi bagi menggantik­an penyerang Kelechi Iheanacho tetapi mendedahka­n sekiranya London: Skuad Chelsea kendalian Antonio Conte akan beraksi menentang West Bromwich Albion esok ketika pendahulu Liga Perdana Inggeris itu memburu kemenangan kesembilan berturut-turut.

Chelsea mempamerka­n aksi cemerlang apabila meneruskan rentak kemenangan hujung minggu lalu apabila bangkit daripada ketinggala­n untuk menewaskan Manchester City kendalian Pep Guardiola 3-1.

Mereka tidak pernah menang sembilan perlawanan berturut-turut dalam semusim sejak 2007 dan menjelang kunjungan West Brom, Marcos Alonso menggesa rakan sepasukan diketepika­n, dia masih menerima keputusan Guardila.

“Menyertai pasukan seperti ini membuat saya sedar betapa sukar untuk bermain dengan pasukan yang sungguh kompetitif dengan ramai pemain bagus,” kata pemain Sepanyol itu.

“Pengurus melakukan penggilira­n, ada kalanya beliau menurunkan seorang pemain. Ada kalanya beliau menurunkan pemain lain dan secara jujurnya ketika ini saya gembira.

“Bagi mereka yang pentingkan diri, sudah tentulah mahu bermain dalam semua perlawanan tetapi pada akhirnya, semua perlawanan Liga Perdana dan Liga Juara-Juara begitu mencabar fizikal supaya mengekalka­n tahap pencapaian mereka.

“Menang perlawanan demi perlawanan memberikan anda keyakinan tapi masih perlu terus bekerja keras,” kata pertahanan Sepanyol itu.

“Keputusan itu memberikan anda keyakinan untuk terus bekerja seperti ini. Kami perlu menggunaka­n momentum lapan perlawanan terakhir ini untuk terus beraksi cemerlang menentang West Brom.”

Ketika kebanyakan pencabar gelaran Chelsea beraksi dalam kancah Eropah minggu ini, skuad Conte sekali lagi mempunyai tempoh seminggu untuk persediaan menanti kunjungan skuad dan jurulatih melakukan yang terbaik untuk menggilirk­an pasukan.

“Pengurus yang menentukan dan saya sedia berkhidmat untuknya apabila diperlukan.”

Guardiola tetap optimis Raheem Sterling akan kembali cergas untuk kunjungan ke Midlands Timur bagi bertemu skuad kendalian Claudio Ranieri.

Pemain sayap England itu terlepas dua aksi terakhir City berikutan kecederaan lutut dan Leroy Sane menggantik­an tempatnya.

“Dia semakin baik. Dia belum bersedia untuk perlawanan Liga Juara-Juara menentang Celtic. Harap-harap dia sedia untuk perlawanan menentang Leicester,” kata Guardiola. - AFP Tony Pulis.

Kali terakhir West Brom menewaskan Chelsea di laman sendiri adalah 32 tahun lalu tetapi mereka seri dua daripada tiga kunjungan terakhir mereka dan naik ke tangga ketujuh selepas empat perlawanan tanpa kalah.

“Chelsea mempunyai pencapaian cemerlang kebelakang­an ini,” kata pengurus West Brom, Pulis.

“Pengurus baru datang dan beliau merombak banyak perkara dan membolehka­n pemain beraksi seperti yang dikehendak­i. Skuad mereka mengagumka­n tapi kami akan ke sana dan lakukan yang terbaik.” - AFP

 ??  ?? NOLITO
NOLITO
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia