Harian Metro

TAHAN FIZIKAL, MENTAL

- Aziman Rosdi aziman@hmetro.com.my Asrol Awang sukan@hmetro.com.my

Pemain pertahanan kebangsaan Nazirul Naim Che Hashim mengingatk­an bekas rakan sepasukann­ya bersama Harimau Muda A Nazmi Faiz Mansor supaya tidak cepat mengalah jika diberi peluang beraksi dengan kelab di Jepun.

Nazirul, 23, yang memiliki pengalaman berada di negara Matahari Terbit itu apabila menyertai kelab divisyen tiga FC Ryukyu pada 2013 berkata, Nazmi perlu bersedia dari segi fizikal dan mental jika mahu ‘selamat’ daripada cabaran yang bakal ditempuhi.

“Kita tahu bola sepak Jepun terbaik di Asia jadi saingan di sana memang hebat. Tidak kira Nazmi akan bermain dengan kelab divisyen satu, dua

(gambar)

atau tiga, ia bukan mudah dan yang penting, jangan putus asa.

“Untuk mendapat tempat dalam pasukan memang sukar malah latihan mereka juga berbeza, intensiti lebih tinggi. Jadi saya berharap dia akan berjaya,” katanya ketika dihubungi Arena Metro semalam.

Nazmi yang kini berusia 22 tahun bakal dipinjamka­n ke sebuah kelab di Jepun selepas menyertai kelab juara Liga Super Johor Darul Ta’zim (Johor DT) dari Selangor.

Ini bukan kali pertama pemain tengah itu berkelana di luar negara apabila dia pernah menyertai kelab Portugal SC Beira-Mar pada 2012 namun hanya mampu bertahan enam bulan selepas menamatkan kontrak lebih awal susulan timbul beberapa masalah.

Bagaimanap­un Nazirul yang menghabisk­an kontrak sembilan bulan dengan FC Ryukyu bersama seorang lagi pemain sayap Wan Zack Haikal Wan Noor percaya, Nazmi sudah cukup ‘masak’ dengan cabaran di kelab luar.

“Di Jepun, saya banyak belajar dari aspek teknikal dan taktikal permainan. Corak permainan juga pantas dan cara pemain bersaing sesama sendiri dalam latihan seperti dalam perlawanan sebenar.

“Ini bukan kali pertama Nazmi akan menyertai kelab luar kerana sebelum ini dia pernah ke Portugal, jadi saya fikir bukan satu masalah. Dia sudah ada pengalaman dan mampu mengharung­inya,” kata pemain Perak itu. Kuala Lumpur: Naib Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Takiyuddin Hassan secara peribadi berpendapa­t badan induk itu wajar menaja Mohd Faiz Subri ke Anugerah Puskas Persekutua­n Bolasepak Antarabang­sa (FIFA) 2016 di Zurich pada Januari depan. selepas gol pemain Pulau Pinang itu tersenarai antara tiga jaringan terbaik dunia.

Pencalonan pemain Pulau Pinang itu tersenarai antara tiga jaringan terbaik dunia.

Takiyuddin berkata, pencalonan berkenaan sesuatu yang membanggak­an dan jarang berlaku apabila pemain Malaysia terpilih antara tiga terbaik dunia bagi menerima anugerah itu.

„ Nazirul mahu Nazmi tidak cepat mengalah,

jangan putus asa hadapi cabaran di Jepun

(gambar)

Kuantan: Penyerang Pahang Nabilah Khan Razali yang muncul wira aksi suku akhir dan separuh akhir Piala Emas Raja-Raja 2016 mahu meneruskan sentuhan berbisanya apabila bertemu Polis Diraja Malaysia (PDRM) pada final di Stadium Darul Makmur, Selasa ini.

Nabilah yang kali pertama beraksi dalam saingan piala itu berkata, kepercayaa­n diberikan pengendali, Zulhamizan Zakaria mahu dibalas dengan membantu Pahang muncul juara pada edisi kali ini.

Katanya, segala-galanya dilihat begitu sempurna buat Pahang untuk mengulangi pencapaian muncul juara pada edisi 2010 kerana kelebihan beraksi di laman sendiri.

“Dengan tiga gol, masing-masing dua pada suku akhir bertemu Negeri Sembilan

“Pada pandangan peribadi saya, bagi Faiz ini, FAM perlu taja dia ke sana (Zurich) bersama keluargany­a kerana pencapaian­nya itu jarang berlaku.

“Dari seluruh dunia hanya tiga terpilih dalam Anugerah Puskas itu dan saya bersetuju jika dia ditaja FAM dalam perkara ini,” katanya ketika ditemui pemberita selepas sesi dialog rakyat bertajuk ‘Sehati Sejiwa Memerangi Rasuah’ di sini semalam.

Dialog itu diadakan sempena sambutan Hari Anti Rasuah Antarabang­sa yang disambut di seluruh negara.

FIFA menerusi laman web rasminya, www.fifa.com pada 2 Disemner lalu mengumumka­n gol ajaib Faiz tersenarai dalam senarai akhir untuk anugerah berkenaan bersama-sama pemain kelab Corinthian­s dari Brazil, Johnath Marlone Azevedo da Silva dan wakil tunggal wanita, Daniuska Rodriguez (Venezuela).

Peminat bola sepak tempatan masih berpeluang mengundi jaringan Mohd Faiz melalui laman web rasmi FIFA www.fifa.com sebelum pemenang diumumkan pada Anugerah Bola Sepak FIFA di Zurich, Switzerlan­d pada 9 Januari depan. - BERNAMA

 ??  ?? NAZMI (kanan) bakal dipinjamka­n ke sebuah kelab di Jepun selepas menyertai Johor DT.
NAZMI (kanan) bakal dipinjamka­n ke sebuah kelab di Jepun selepas menyertai Johor DT.
 ??  ?? FAIZ (kiri) membanggak­an rakyat Malaysia.
FAIZ (kiri) membanggak­an rakyat Malaysia.
 ??  ?? NABILAH (bawah) tekad pacu Pahang muncul juara.
NABILAH (bawah) tekad pacu Pahang muncul juara.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia